Utusan Borneo (Sabah)

Gianus juara Men Veteran

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Guianus Salagan muncul juara kategori Men Veteran Mamut Hill Challenge Run 28 Kilometer dengan catatan masa 2 jam 22 minit dan 35 saat.

Tempat kedua ialah Yusop Tukob (2 jam, 33 minit, 9 saat) dan ketiga Suhaipin Sharin (2 jam, 36 minit dan 22 saat).

Juara kategori Women Veteran disandang oleh Kona Liau dengan catatan masa 3 jam, 23 minit, 9 saat, disusuli di tempat kedua olah Hamisah Antahar (3 jam, 23 minit, 11 saat) dan tempat ketiga Farizah Sumping (3 jam, 32 minit).

Sementara itu, johan kategori Women Open disandang oleh Eyeliah Rubidi (3 jam, 7 minit, 41 saat), tempat kedua Madeline See Lie Chie (3 jam, 9 minit, 33 saat) dan ketiga Jessica Lintangan (3 jam, 31 minit dan 49 saat).

Kategori Man Open pula menyaksika­n keunggulan Sapirin Sumping dengan catatan masa terpantas 2 jam, 9 minit 48 saat disusuli Daved Simpat (2 jam, 10 minit, 41 saat) di tempat kedua dan Safrey Sumping ketiga (2 jam, 15 minit dan 58 saat).

Pelepasan peserta dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an yang julungkali diadakan itu disempurna­kan Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbira­n) Yusri Ismail Yusof.

Yusri ketika ditemui memuji inisiatif jawatankua­sa pelaksana larian itu kerana berjaya mengendali­kannya dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatny­a meskipun berhadapan pelbagai kekangan dan cabaran.

“Syabas dan tahniah kepada kepimpinan Florencia Padasian selaku pengerusi jawatankua­sa penganjur Mamut Hill Challenge Run 28Km yang julungkali dianjurkan di Ranau ini,” katanya.

Beliau menyifatka­n program itu sebagai antara lang- kah yang boleh membantu mempromosi produk pelanconga­n di daerah ini, khususnya bekas lombong tembaga Mamut yang mempunyai potensi untuk dijadikan satu lagi kawasan pelanconga­n pada masa akan datang.

Pertanding­an anjuran bersama Pejabat Daerah dan Pemadam Ranau itu melibatkan lebih 100 peserta.

Terdahulu, Florencia merakamkan penghargaa­n kepada semua ahli jawatankua­sa pelaksana terutama PDRM, JPAM, Harts, Rela, Syafiq Drone serta para Ex-Praktikal Pejabat Daerah Ranau, belia-beliawanis Kg Marakau, Hospital Ranau dan pihak media kerana membantu menjayakan program itu.

“Objektif program juga adalah untuk memupuk kesederan kepada masyarakat khususnya golongan beliabelia­wanis supaya mengamalka­n gaya hidup sihat tanpa dadah,” katanya sambil menambah, satu lagi program yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat ialah Dearth March Run 28Km.

 ??  ?? GUIANUS (lima kiri) serta pemenang yang lain bergambar kenangan dengan Florencia dan Yusri.
GUIANUS (lima kiri) serta pemenang yang lain bergambar kenangan dengan Florencia dan Yusri.
 ??  ?? PEMENANG kategori lelaki dan wanita merakam gambar kenangan selepas menerima hadiah.
PEMENANG kategori lelaki dan wanita merakam gambar kenangan selepas menerima hadiah.
 ??  ?? YUSRI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang diperhatik­an Florencia.
YUSRI menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang diperhatik­an Florencia.
 ??  ?? PEMENANG kategori wanita merakam gambar bersama Yusri dan Florencia.
PEMENANG kategori wanita merakam gambar bersama Yusri dan Florencia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia