Utusan Borneo (Sabah)

Merentas desa semarak semangat pelajar

Untuk menyertai kejohanan olahraga dan sukan permainan lain dalam MSS 2018

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kejohanan merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang diadakan sebagai acara pembuka tirai dalam kalendar sukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) yang diadakan setiap tahun.

Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran Nor Aslam Mano Abdullah berkata larian merentas desa merupakan acara sukan yang diadakan sebelum kejohanan olahraga (balapan dan padang) atau sukan permainan yang lain berlangsun­g.

“Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarak­kan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga dan juga aktiviti-aktiviti sukan lain yang bakal dilangsung­kan nanti,” katanya.

Beliau berucap merasmikan larian merentas desa peringkat sekolah yang dianjur dan dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m SMK Beluran.

Menurutnya, terdapat 24 jenis sukan yang disenaraik­an dalam kalendar atau takwim kejohanan MSS Sabah, termasukla­h acara merentas desa sebagai acara pertama yang terawal dilaksanak­an pada setiap tahun.

Justeru, beliau menyeru para pelajar agar terus bergiat aktif mengambil bahagian dalam apa juga acara sukan, sesuai dengan minat, bakat, kebolehan dan kebolehan atau kecenderun­gan pelajar.

Katanya, penglibata­n aktif para pelajar dalam bidang sukan dan kokurikulu­m amat penting selaras dengan kehendak Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menekankan ‘kemenjadia­n murid’.

Menurutnya, untuk mencapai matlamat tersebut, kemenjadia­n murid bukan setakat cemerlang dalam bidang akademik atau kruikulum, tetapi juga aspek sukan dan kokurikulu­m.

Beliau menegaskan, kegiatan sukan dan kokurikulu­mmerupakan komponen penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadi­an demi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Beluran Suzanah Sidek berkata, acara larian merentas desa itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan penyertaan hampir 500 pelajar.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti tahunan yang dirancang berdasarka­n takwim, kejohanan merentas desa itu bertujuan mencungkil bakat baharu, di samping mengesan potensi para pelajar dalam sukan jarak jauh itu.

Menurutnya, larian tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu bawah 18 dan 15 tahun, lelaki dan perempuan.

Menariknya, penyertaan larian tersebut turut dibuka untuk kategori guru lelaki dan wanita dalam usaha menyemarak­kan lagi kemeriahan kejohanan itu, selain memberi inspirasi dan motivasi kepada para peserta dan juga semua pelajar SMK Beluran.

Dalam masa yang sama, ia juga membudayak­an ‘sukan untuk semua’ ke arah mewujudkan ahli komuniti sekolah yang sihat dan produktif serta saling bekerjasam­a dan bersatu padu.

Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarak­kan semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga dan juga aktiviti-aktiviti sukan lain yang bakal dilangsung­kan nanti.

NOR ASLAM MANO ABDULLAH Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran

Lebih 50 guru lelaki dan wanita sekolah itu mengambil bahagian dalam larian itu dan pelepasan peserta disempurna­kan sendiri oleh pengetua SMK Beluran Nor Aslam Mano, manakala taklimat keselamata­n turut diadakan sebelum acara larian.

“Seramai 24 pelajar terbaik mengikut kategori dipilih untuk mewakili SMK Beluran ke Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah Beluran pada 19 Januari depan,” katanya sambil menjelaska­n enam pelajar dipilih mewakili sekolah itu bagi setiap kategori.

Kejohanan yang bermula jam 7.30 hingga 11 pagi itu dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai pemanasan badan yang dipimpin Cikgu Lydrinnie Koh selaku Ahli Jawatankua­sa (AJK) kejohanan itu.

Suzanah menjelaska­n, kejohanan pada kali ini juga mencipta kelainan kerana ia turut mempertaru­hkan bilangan jumlah pingat emas untuk Rumah Sukan masingmasi­ng yang terdiri daripada Rumah Biru, Kuning, Hijau dan Merah.

Walaupun keadaan cuaca tidak menentu iaitu kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan

dengan penuh bersemanga­t.

Kejohanan kali ini menyaksika­n pelajar Tingkatan 4 (T4) lebih menguasai saingan dengan mengunggul­i kategori lelaki (L18) dan perempuan bawah 18 tahun (P18).

Johan kategori L18 dimenangi Eric Zew Reckdely (T4), naib johan Nasarudin (T5) dan ketiga Razmi (T4).

Susu Fazwina Pitalaung (T4) menjuarai P18, diikuti Rahimah Rashid (T5) dan Norkasidah Katung (T5) di tempat ketiga.

Johan kategori L15 dimenangi Rian Henry Rchard (T1), naib johan Mohd Nazrul Mohd Naszir (T2) dan ketiga, Samrim Sabdulami (T1).

Julia Sabdulami (T3) menjuarai kategori P15, manakala Nurul Syahera Abdul Rahman (T1) dan Dania David (T2) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori guru lelaki dan wanita, johan masingmasi­ng dimenangi Richard Liew dengan masa 22 minit 13 saat dan Prissentia­ze Juhan (30:56 saat).

Penyampaia­n hadiah berupa medal kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada semua peserta disempurna­kan oleh Nor Aslam Mano.

 ??  ?? PESERTA kategori bawah 15 tahun bersemanga­t memulakan larian merentas desa yang dilepaskan oleh pengetua SMK Beluran, Nor Aslam Mano Abdullah (empat kanan).
PESERTA kategori bawah 15 tahun bersemanga­t memulakan larian merentas desa yang dilepaskan oleh pengetua SMK Beluran, Nor Aslam Mano Abdullah (empat kanan).
 ??  ?? NOR Aslam Mano (tengah) dan Suzanah bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian daripada hampir 500 peserta larian merentas desa SMK Beluran.
NOR Aslam Mano (tengah) dan Suzanah bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian daripada hampir 500 peserta larian merentas desa SMK Beluran.
 ??  ?? NOR Aslam Mano (tengah) diiringi Suzanah (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Eric Zew Reckdely, johan lelaki B18.
NOR Aslam Mano (tengah) diiringi Suzanah (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Eric Zew Reckdely, johan lelaki B18.
 ??  ?? JOHAN guru lelaki, Richard Liew (kiri) ceria menerima medal disampaika­n Nor Aslam Mano sambil diiringi Suzanah.
JOHAN guru lelaki, Richard Liew (kiri) ceria menerima medal disampaika­n Nor Aslam Mano sambil diiringi Suzanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia