Utusan Borneo (Sabah)

Murtaza julang Piala Gulam

Kejohanan Golf Muhibbah N21 Kawang 2018

-

KOTA KINABALU: Murtaza Haji Manap mengunggul­i Kejohanan Golf Muhibbah N21 Kawang 2018 yang berlangsun­g di Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) pada Sabtu.

Bagaimanap­un aksi nett satu bawah par 71 pukulan memaksa beliau melalui Kiraan Semula (OCB) sebelum menewaskan dua pencabar terdekat untuk menjuarai kategori Nett K e s eluruhan.

Kejayaan menerusi format pertanding­an ‘StrokePlay Sistem 36’ itu juga membolehka­n Murtaza mengatasi 62 pemain lain, seterusnya menjulang Piala Pusingan YB Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar.

Naib johan disandang oleh Sabli Saidin sambil Muhammad Sabri Din yang turut mencatat nett 71 pukulan muncul selaku pemenang tempat ketiga.

Kategori itu yang menawarkan 10 hadiah menyaksika­n pemenang tempat keempat dan seterusnya masing-masing disandang oleh Ir. Rohan Haji Ahmat (nett 72), Hanafiah Hamzah (nett 74 OCB), Japri Bidin (nett 74 OCB), Haji Roslan Ekin (nett 74 OCB), Juhari Datuk Salleh (nett 74), Ag Fauzi Ag Tahir (nett 75) dan Adamin Mokh (nett 77).

Dalam aksi Gross Keseluruha­n, Murshid Haji Masi dengan aksi lima atas par 77 pukulan muncul selaku juara untuk kelebihan agak selesa dua pukulan mengatasi naib johan Saiman Kasran. Kategori itu yang menawarkan tujuh hadiah menyaksika­n pemenang tempat ketiga dan seterusnya masing-masing disandang oleh Hakim Ag Ali (80 OCB), Jamdin Haji Ekin (80), Lee Siaw Chung (82 OCB), Richard Stidi (82) dan Mohd Hafidz Azrul Yunus (83). Untuk kategori Wanita pula, pemain veteran tidak asing lagi Hajah Rokiah Yusof muncul selaku juara selepas mencatat nett satu bawah par 71 pukulan.

Aksi pemain-pemain Senior memperliha­tkan kehebatan Ahmad Sapawi Matussin muncul selaku juara selepas melalui OCB mengatasi naib johan Haji Martin Bubin yang turut mencatat nett satu bawah par 71 pukulan.

Pemenang tempat ketiga hingga ketujuh masing-masing disandang oleh Haji Abd Rahman Parhang (nett 72 OCB), Haji Osman Nordin (nett 72), Haji Kamlun Faisal (nett 74), Haji Rosun Khan Bahadar (nett 76 OCB) dan Abd Hamid Manan (nett 76).

Untuk kategori Jemputan, Abd Halikun Jun dengan aksi cemerlang mencatat nett dua bawah par 70 pukulan muncul selaku juara mengatasi dua pencabar terdekat menerusi kelebihan satu pukulan.

Selepas OCB, pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Jusli Potoh dan Ag Affandi Haji Ag Besar masing-masing dengan nett 71 pukulan.

Manakala pemenang tempat keempat hingga ketujuh masing-masing disandang oleh Mathew Thomas (nett 72 OCB), Desmond Qwek (nett 72 OCB), Haji Zamri Mokhtar (nett 72) dan Yusof S. Chong (nett 73).

Kategori terakhir untuk para pemain Kenamaan (VIP) dijuarai oleh Datuk Juil Nuatim selepas mencatat nett par golf untuk kelebihan satu pukulan mengatasi empat pencabar terdekat yang mencatat nett 73 pukulan.

Selepas OCB, pemenang tempat kedua hingga kelima masing-masing disandang oleh Saiman Kasran, Shamsuri Haji Mohamad, Yang Arif Datuk Jasri Mat Jakir dan Jauteh Dikun, sementara pemenang tempat keenam dan ketujuh masing-masing disandang oleh Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun (nett 75 OCB) dan Datuk Jaffar Henry.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Gulam selaku Pembantu Menteri Kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur yang juga penaung dan penaja kejohanan bersama Juil yang juga penasihat kejohanan dengan disaksikan oleh pengerusi kejohanan Daud Alan, bendahari kejohanan Wirah Ayub dan setiausaha kerja merangkap kapten kejohanan Muhammad Sabri Din.

 ??  ??
 ??  ?? GULAM (tiga kiri) menyampaik­an Piala Pusingan beliau kepada Murtaza (dua kiri) sambil disaksikan oleh Juil (dari kiri), Daud, Wirah dan Muhd Sabri.
GULAM (tiga kiri) menyampaik­an Piala Pusingan beliau kepada Murtaza (dua kiri) sambil disaksikan oleh Juil (dari kiri), Daud, Wirah dan Muhd Sabri.
 ??  ?? TETAMU Kenamaan bersama para pemain merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum bermulanya Kejohanan Golf Muhibbah N21 Kawang 2018 di NGRK pada Sabtu.
TETAMU Kenamaan bersama para pemain merakamkan kenangan beramai-ramai sebelum bermulanya Kejohanan Golf Muhibbah N21 Kawang 2018 di NGRK pada Sabtu.
 ??  ?? JUIL (dari kiri) menyampaik­an hadiah juara Senior kepada Ahmad Sapawi sambil disaksikan oleh Wirah.
JUIL (dari kiri) menyampaik­an hadiah juara Senior kepada Ahmad Sapawi sambil disaksikan oleh Wirah.
 ??  ?? ROKIAH (dua kiri) menerima hadiah juara Wanita daripada Gulam sambil disaksikan oleh Wirah (dari kanan) dan Daud.
ROKIAH (dua kiri) menerima hadiah juara Wanita daripada Gulam sambil disaksikan oleh Wirah (dari kanan) dan Daud.
 ??  ?? GULAM (dari kiri) menyampaik­an hadiah juara Gross kepada Murshid sambil disaksikan oleh Daud.
GULAM (dari kiri) menyampaik­an hadiah juara Gross kepada Murshid sambil disaksikan oleh Daud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia