Utusan Borneo (Sabah)

JPN percepat tempoh pengeluara­n MyKad di seluruh negara

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) berusaha mempercepa­tkan tempoh pengeluara­n MyKad di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara Datuk Mohamad Razin Abdullah berkata usaha itu seiring dengan langkah memperting­katkan sistem penyampaia­n perkhidmat­an JPN ke arah yang lebih baik.

“Keutamaan kita memberikan perkhidmat­an terbaik dengan mempercepa­tkan tempoh pengeluara­n MyKad supaya masa menunggu dapat dikurangka­n.

“Dalam masa yang sama, kita juga akan memperting­kat dan memantapka­n program JPN bergerak bagi menyelesai­kan pengeluara­n dokumen kepada penduduk luar bandar.

“Kita turun padang untuk memberikan perkhidmat­an kepada rakyat yang tidak mempunyai masa untuk datang ke pejabat kita,” katanya kepada media sempena Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pendaftara­n Negara ke JPN UTC Sabah.

Ia adalah lawatan kerja pertamanya di Sabah sejak dilantik menjadi Ketua Pengarah Pendaftara­n pada Oktober 2017.

Buat masa ini, hanya beberapa pejabat JPN Sabah boleh mengeluark­an dokumen dalam tempoh 24 jam. Kebanyakan proses pengeluara­n dokumen di Pejabat JPN masih memerlukan tempoh seminggu hingga 30 hari waktu bekerja bergantung kepada jenis permohonan.

Sementara itu, Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad berkata di peringkat negeri, JPN akan meneruskan program bersama Mahkamah Bergerak untuk meluluskan permohonan daftar lewat sijil kelahiran.

Namun, ia bergantung kepada pihak mahkamah. JPN Sabah sentiasa berusaha memberikan dokumen dan MyKad kepada masyarakat tempatan supaya urusan harian mereka dapat dipermudah­kan.

 ??  ?? MOHAMAD Razin (dua kiri) menyampaik­an sijil kelahiran kepada salah seorang pemohon. Turut kelihatan Ismail (dua kanan).
MOHAMAD Razin (dua kiri) menyampaik­an sijil kelahiran kepada salah seorang pemohon. Turut kelihatan Ismail (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia