DACSEE lancar sistem hailing-pengangkutan di Malaysia
PETALING JAYA: Platform hailing-pengangkutan, Decentralised Alternative Cabs Serving and Empowering Everyone (DACSEE), semalam melancarkan sistem hailing pengangkutannya di Malaysia bagi membantu pemandu menjana lebih banyak pendapatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alexander von Kaldenberg berkata DACSEE merupakan sistem haliling-pengangkutan beragihan pertama di dunia yang membolehkan pemandu meningkatkan kemajuan mereka dan meraih pendapatan tambahan dengan mengambil lebih ramai pemandu di bawah mereka.
“Ketika ini kami menumpukan untuk mengambil lebih ramai pemandu untuk menyertai kami dan menjangka melancarkan aplikasi mudah alih pada April tahun ini,” katanya pada pelancaran semalam.
Majlis pelancaran itu dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah.
Abu Bakar berkata, kementeriannya menggalakkan syarikat-syarikat untuk menerapkan inovasi dan teknologi terkini ke dalam perniagaan mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi DACSEE, Lim Chiew Shan berkata syarikat tersebut bekerjasama dengan rakan kongsi teknologi tempatan, DMD Technology Sdn Bhd, untuk membangunkan aplikasi mudah alih bagi keduadua pemandu dan pengguna.
“Dalam tempoh 10 hari lepas, kami berjaya mengambil kira-kira 5,000 pemandu baharu yang berdaftar dengan kami,” katanya.
Beliau berkata DACSEE berharap dapat memberi pemahaman yang lebih baik mengenai operasinya kepada semua pemegang kepentingan sebelum pelancaran aplikasi akan datang. — Bernama