Musa puas hati persiapan sempena lawatan PM

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh DELLROY

NABAWAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berpuas hati dengan persiapan sambutan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Jumaat ini.

Katanya, persiapan yang membabitkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang terajui Pejabat Daerah Nabawan itu berjalan lancar.

“Sempena lawatan kerja itu, Perdana Menteri akan merasmikan bangunan Klinik Kesihatan Nabawan seterusnya menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Nabawan yang dijangka akan dihadiri oleh kira-kira 8,000 masyarakat di daerah ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan berkata, pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri sudah berhasrat melawat daerah ini tetapi disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielak maka beliau tidak dapat hadir pada ketika itu.

“Justeru, pada kali ini, pemimpin nombor satu negara itu menunaikan hasratnya untuk menemui rakyat di daerah ini,” katanya kepada media selepas meninjau dataran Nabawan yang menjadi lokasi majlis pemimpin bersama rakyat dan persiapan perasmian Klinik Kesihatan Nabawan pada Rabu.

Beliau mengajak semua lapisan masyarakat di daerah ini untuk datang beramairamai hadir pada majlis pemimpin bersama rakyat yang akan berlangsung di dataran Nabawan bermula jam 8 malam Jumaat ini.

Pada lawatan itu, Musa turut meninjau pembinaan rumah kebudayaan di perkarangan bangunan majlis daerah di sini.

Turuthadirpadalawatanitu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur yang juga Adun Nabawan Datuk Bobbey Suan dan Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan.

SUKARTI memberi sedikit penerangan kepada Musa berkaitan lawatan ke klinik itu.

MUSA beramah mesra dengan salah seorang penduduk yang menerima rawatan di klinik itu.

ALUMNI...Naib Pengerusi Alumni Majlis Belia Sabah (MBM) Dato Juhari Hj Janan (empat kiri) mempengerusikan mesyuarat Alumni MBM sempena Lawatan Alumni MBM Malaysia ke negeri Sabah yang diketuai oleh Dato Shamsul Anuar Nasarah pada 24-27 Januari ini di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.