Anggota perundangan AS gagal capai persetujuan
Para senator masih berunding namun pejabat Trump keluar kenyataan persalah Demokrat bagi krisis itu
“Ketegasan pihak Demokrat bahawa langkah sementara termasuk perlindungan bagi pendatang tanpa dokumen yang tiba sebagai kanak-kanak memusnahkan
” perjanjian itu. SARAH SANDERS Jurucakap
WASHINGTON: Kerajaan AS ditutup secara rasmi pada Sabtu, ulang tahun pertama bagi pelantikan Presiden Donald Trump, selepas anggota perundangan gagal untuk mempersetujui satu perjanjian perbelanjaan sementara.
Para senator masih lagi berunding di tingkat Senat ketika masa mencecah waktu tengah malam, namun pejabat Trump mengeluarkan satu kenyataan mempersalahkan pihak pembangkang Demokrat bagi krisis tersebut.
Jurucakap Sarah Sanders menyatakan ketegasan pihak Demokrat bahawa langkah sementara termasuk perlindungan bagi pendatang tanpa dokumen yang tiba sebagai kanak-kanak memusnahkan perjanjian itu.
“Anggota Demokrat Senat memiliki Penutupan Schumer,” jelas beliau, merujuk kepada ketua minoriti, Senator New York Chuck Schumer, yang menemui Trump pada awal Jumaat.
“Malam ini (Sabtu), mereka meletakkan politik mengatasi keselamatan negara kita, keluarga tentera, kanakkanak yang sensitif, dan kemampuan negara kita untuk berkhidmat bagi semua rakyat Amerika.
“Kami tidak akan membincangkan status pendatang haram ketika pihak Demokrat menjadikan rakyat kita yang sah sebagai tebusan bagi tuntutan tidak peduli mereka,” ujar beliau.
Perkhidmatan persekutuan AS dan operasi ketenteraan dianggap penting akan diteruskan, namun ribuan pekerja kerajaan akan diarahkan pulang ke rumah tanpa gaji sehingga krisis ini diselesaikan. – AFP