‘Intai-Intai Jenguk-Jenguk’ travelog pilihan peminat makanan di TV1
MAKAN adalah aktiviti kegemaran setiap daripada kita. Bermacam alasan diutarakan mengapa mereka mencintai makanan.
Salah satunya dapat menghilangkan tekanan. Apatah lagi bila dihidangkan dengan makanan lazat. Ia pastinya amat sukar untuk ditolak.
Bersama hos Nadia Hasnan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), setiap Selasa, jam 10.05 pagi menerusi saluran TV1 menyiarkan program ‘Intai-Intai Jenguk-Jenguk’ yang menjelajah ke seluruh negara untuk meninjau dan memperkenalkan premispremis makanan yang menghidangkan juadah baru dan moden yang telah dicipta oleh pemilik premis itu.
Juadah istimewa ini hasil dari inovasi dan daya kreatif premis itu menjadi satu tarikan kepada peminatpeminat makanan atau ‘food hunters’.
Tiga belas episod program ini berkongsi memaparkan inovasi dalam penyediaan makanan termasuklah pelbagai jenis ais krim, burger, makanan laut atau ‘shell out’, dan makanan fusion MalaysiaArab menerusi konsep menjual makanan yang berbeza.
Daripada menjual makanan di warung, gerai, restoren, kafe hipster dan konsep menjual makanan menggunakan ‘food truck’.
Penggemar ais krim usah ketinggalan menyaksikan salah satu episod program ini di mana hos melawat Kafe Kone di Johor Bharu, The Ais Cream Project, Kafe Ais Kacang Special JB yang menghidangkan kombinasi ais krim dan Kafe Sangkaya bertema ‘Nuts About Coconuts’.
Seterusnya menjelajah ke Pulau Langkawi untuk menikmati ‘ais krim gulung’ di kedai Ais Cream Factory, ‘ais kapai’ di Pulau Pinang dan ‘ais krim caramel’ di Melaka.
Beliau juga ke Restoran Dagang di Pasir Hor, Kelantan untuk meninjau hidangan kombinasi ais krim dan buah-buahan.
Seterusnya khas peminat burger, Nadia Hasnan singgah di Burger Ayam Njoy di Pulau Pinang menghidangkan roti berwarna-warni, ke Langkawi untuk menikmati Special Soft Crab Burger, Fish and Chips dan Banana Smoothie di gerai “Fish Bone Fish and Chips’ dan ke ‘Brothers Grill’ di Manjung, Perak yang menjual 18 jenis burger.
Di gerai L A Burger, Taiping, Perak hos telah memperkenalkan kepada penonton burger bertingkat dan ke gerai Deqwan Burger di Senawang, Negeri Sembilan di mana burger dijual mengikut beratnya yakni ‘burger satu kilo’ dan sebagainya.
Hos turut meninjau kafe dan restoran ‘hipster’ yang menjadi tumpuan pelanggan muda mengun-jungi Kedai ‘Cendol Champion’ di Kuala Terengganu yang menjual pelbagai jenis cendol.
Ikuti banyak lagi pengembaraan Nadia Hasnan dalam travelog menarik ini, hanya di TV1 setiap Selasa.