Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan kerajaan BN pada PRU-14

-

SILAM: Rakyat di Parlimen Silam diminta mengekalka­n kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h berkata, tidak ada sebab bagi rakyat di Parlimen Silam menolak kerajaan BN.

“Kita hanya menunggu gendang perang dan semboyan untuk dibunyikan, anggota sayap pergerakan terutama ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) sentiasa bantu pemimpin dan turun padang serta perlu bekerja keras memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis di PDM Tengah Nipah dan PDM Bandar di Dewan Pangsapuri Mutiara Kasih Blok H, Lahad Datu pada Sabtu.

Dalam majlis itu, kira-kira 100 orang ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Beliauturu­tmengajakr­akyat di kawasan PDM Tengah Nipah dan PDM Bandar untuk mempertaha­nkan pemerintah­an kerajaan BN yang telah terbukti berjaya dalam usahanya memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sambilmeng­ingatkanra­kyat supaya tidak terpengaru­h dengan slogan pembangkan­g untuk menukar kerajaan, Mizma berkata kerajaan BN sentiasa menunaikan tanggungja­wab dan janjinya sewaktu diberi amanah mentadbir negara.

Katanya kerajaan sentiasa mengutamak­an kebajikan rakyat dan berusaha memastikan apa yang dirancang memberi faedah kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Mizma berkata kerajaan BN juga komited untuk meningkatk­an taraf pendidikan rakyat di negara ini untuk membolehka­nnya mencapai kedudukan yang terbaik di peringkat antarabang­sa.

Melalui pelbagai usaha yang dirancang kerajaan, rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini, kenapa rakyat mesti terpengaru­h dengan parti pembangkan­g yang selalu mungkir janji.

 ??  ?? MIZMA bersama masyarakat di PDM PDM Tengah Nipah dan PDM Bandar di Dewan Pangsapuri Mutiara Kasih Blok H, Lahad Datu.
MIZMA bersama masyarakat di PDM PDM Tengah Nipah dan PDM Bandar di Dewan Pangsapuri Mutiara Kasih Blok H, Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia