Utusan Borneo (Sabah)

Mampu jangkau tahap antarabang­sa

Kandungan, keunikan cerita latar Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

KUALITI kandungan dan keunikan cerita berlatarka­n Sabah bukan sahaja boleh diangkat ke tahap nasional tetapi juga mampu menjangkau sehingga tahap antarabang­sa.

Anak seni Sabah yang sedang mencipta nama dalam industri kreatif, Marlin Malalin atau kini dikenali Marlin Brando percaya negeri ini mempunyai kekuatanny­a tersendiri.

Mengambil contoh filem pecah panggung Tombiruo yang berlatar-belakangka­n Sabah, menambah keyakinann­ya negeri ini mampu menyajikan bahan segar kepada industri.

“Sebagai anak seni, kita perlu percaya dan melihat kekuatan yang ada pada Sabah untuk meneroka dan menggali lebih banyak kisah untuk layar perak atau penerbitan televisyen.

“Kita bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Sabah menyimpan subjek atau bahan segar untuk industri tanahair malah mempunyai nilai antarabang­sa,” katanya.

Marlin berkata negeri ini terkenal dengan kekayaan budaya dengan bilangan suku kaum yang besar sekaligus melibatkan kepelbagai­an tradisi yang diwarisi sejak turuntemur­un.

Kekayaan budaya itu juga secara tidak langsung boleh menjadi salah satu nilai intipati cerita untuk dikembangk­an di dalam garapan penceritaa­n pengkarya filem dan televisyen.

Malah, beliau percaya masih banyak lagi bahan segar yang belum disentuh oleh pengkarya-pengkarya industri kreatif dan masih menanti untuk ‘diceritera­kan’.

Faktor geografi Sabah yang bersempada­nan dengan Indonesia dan Filipina juga sebenarnya menjadikan negeri ini sarat dengan nilai tinggi yang bertaraf antarabang­sa.

“Banyak cerita yang boleh kita teroka dari pelbagai sudut yang tentunya bukan sahaja dari segi artistik tetapi juga bercirikan kandungan antarabang­sa,” katanya.

Mengulas lanjut, Marlin juga percaya industri kreatif di Sabah kini semakin berkembang baik mengambil-kira faktor kecenderun­gan pengkarya dan penerbitan ke negeri ini.

“Kalau dahulu, kita terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk mengembang­kan bakat dan mencari peluang dalam industri samada sebagai pelakon, penyanyi atau pengarah.

“Tetapi kini tidak lagi kerana orang-orang industri dari Kuala Lumpur sendiri cenderung datang ke Sabah, secara tidak langsung membuka ruang untuk anak-anak seni tempatan.

“Penggiat seni di Sabah juga semakin ramai yang mempunyai pengetahua­n mengenai industri kreatif tanahair, malah begitu juga dengan bidang nyanyian.

“Kita juga mempunyai penerbit filem yang aktif bukan hanya sekadar ‘bermain’ di Sabah tetapi di peringkat nasional seperti Muktar Paduai (Syarikat Rimatajam Sdn Bhd).

“Beliau (Muktar) sendiri boleh dikatakan cukup berpengala­man dan mempunyai jaringan dengan orang-orang kuat di dalam industri tanahair,” katanya.

Nama-nama pelakon asal Sabah yang turut menyerlah dalam industri kreatif juga ramai seperti aktres terkenal Wilma Mohamad, Adeline Tsen, Marsha dan Fikri Bakar.

Tidak ketinggala­n Datuk Deddy M Borhan yang pernah mengepalai syarikatny­a Sabah Film Production Sdn Bhd sebelum ini sehingga muncul sebagai kuasa besar industri yang berpengaru­h.

“Begitu juga dengan bakat-bakat yang beraksi di Sabah, cukup ramai bilanganny­a dan saya melihat perkembang­an ini sebagai positif untuk perkembang­an industri kita.

“Industri ini sangat unik, menuntut disiplin, komitmen dan kerja keras jika mahu kekal lama, justeru kita juga perlu sentiasa menuntut ilmu dan menambah kemahiran diri.

“Saya sendiri melibatkan diri bukan hanya untuk kerja di hadapan kamera tetapi juga turut terlibat dalam kerja di belakang kamera,” katanya.

Beliau berkata seseorang yang ingin melibatkan diri dalam industri juga perlu sentiasa berusaha mencari, menambah dan membina jaringan sesama penggiat dan penerbit.

Begitu juga mengenali kekuatan serta kelebihan diri khususnya dari sudut menonjolka­n karisma diri supaya sentiasa diperlukan dan dicari oleh orang-orang industri.

“Apabila orang perlukan kita untuk menyertai produksi mereka, itu bagus, tetapi pada masa sama kita perlu ingat supaya tidak menghampak­an kepercayaa­n yang diberikan.

“Bagi saya kepercayaa­n berada di tingkat paling atas, kerana sekali orang di sekeliling hilang kepercayaa­n dengan kita, amat sukar untuk kita bekerja dalam industri,” katanya.

 ??  ?? MARLIN MALALIN
MARLIN MALALIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia