Semarakkan industri kita! Anak seni Sabah harus bangkit
Anak seni Sabah harus bangkit
SUDAH tiba masanya para penggiat industri kreatif di Sabah berusaha mengangkat lebih banyak kisah bertemakan latar cerita atau latar tempat berkaitan negeri ini ke layar perak dan kaca televisyen.
Keunikan negeri ini, seperti kepelbagaian budaya, kekayaan sumber sejarah, lokasi-lokasi menarik termasuk tokohtokoh pahlawan dan pemimpin menanti untuk dimanfaatkan.
Tumpuan industri kreatif tanahair yang melihat Sabah sumber bahan segar untuk karya baharu juga perlu dilihat sebagai peluang karyawan kita menghasilkan karya berkualiti.
Utusan Borneo menemui aktor Marlin Brando, seorang artis Sabah yang sedang mencipta nama di persada seni tanahair, malah turut aktif sebagai karyawan ataupun penulis skrip.
Mula memasuki bidang lakonan pada 2009, Marlin kini mula mencipta reputasi selaku aktor disegani dan kerap menerima tawaran berlakon daripada produksi di Kuala Lumpur.
Pada masa sama, beliau turut menghasilkan skripskrip telefilem dan filem seperti Hujan Panas Di Inderasabah, 16 September, Kepayas Mana (filem) dan Malim Gunung.
“Kita perlu bekerja keras untuk menampilkan keunikan, kelebihan dan kekuatan yang ada di negeri kita untuk dijadikan sebagai bahan cerita di layar perak ataupun kaca televisyen.
“Kalau bukan kita, siapa lagi? Ketika penggiat industri mula beralih kepada
digalas.
negeri kita, kita jangan mahu terus berdiam-diri dan sekadar menjadi pemerhati sahaja,” katanya.
Marlin khuatir jika anak seni Sabah sendiri tidak mengangkat tema-tema di seputar kehidupan rakyat negeri ini, peluang itu kemungkinan akan direbut karyawan luar Sabah.
Menurutnya, industri kreatif bidang kompetitif dan menuntut kesungguhan para pemainnya supaya sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang untuk kekal relevan.
“Contohnya Kepayas Mana yang mengisahkan era kolonial British di Borneo Utara (Sabah) dan dalam cerita ini kita mengetengahkan Kota Belud serta masyarakat Bajau.
“Masyarakat Bajau di Kota Belud popular dengan gelaran Koboi Borneo kerana sangat handal menunggal kuda, secara tidak langsung menunjukkan keunikan kisah digarap.
“Tidak ada kelompok masyarakat atau kaum lain di Malaysia diberi gelaran itu kecuali masyarakat Bajau Kota Belud, sekaligus menaikkan martabat kaum ini,” katanya.
Marlin berkata naskah itu sudahpun diterima Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) serta akan diterbit dan diarahkan oleh pengarah tersohor Dato’ Jurey Latiff Rosli.
Tidak hanya itu, karya Malim Gunung hasil garapannya juga mengangkat satu lagi keunikan di Sabah iaitu kisah dua pekerjaan di Malaysia yang hanya ada di negeri ini.
Perkara itu diterje mahkannya menerusi telefilem terbabit apabila menampilkan pekerjaan Malim Gunung dan Porter Barang di Gunung Kinabalu semasa gempa bumi berlaku.
“Kita mempunyai beribu-ribu bahan yang boleh digarap ke layar perak (filem) atau kaca televisyen (drama/ telefilem/ dokumentari) malah mempunyai nilai antarabangsa.
“Tahun lalu misalnya, saya turut terlibat dalam projek dokumentari mengenai Sabah bersama Warisan Borneo dengan kerjasama ‘orang lama’ Abu Bakar Ellah,” katanya.
melakonkan watak utama di dalam filem Tangisan Akinabalu.
Beliau berkata syarikat penerbitan antarabangsa juga cenderung memilih Sabah untuk pelbagai program termasuk program realititi, selain tim penerbitan dari Kuala Lumpur.
Antaranya, dokumentari khas oleh pengarah dan aktor terkenal Pekin Ibrahim serta Raja Mukhriz, malah usaha Raja Mukhriz mengangkat filem mengenai kehidupan Bajau Laut di Semporna memenangi anugerah di festival antarabangsa.
“Sebenarnya, ramai penggiat industri kreatif tanahair di Kuala Lumpur yang berminat untuk membuat penggambaran di Sabah, sekaligus menunjukkan potensi negeri kita.
“Kalau kita ‘tidak istimewa’, maklum-balas yang positif daripada pemain-pemain industri mengenai Sabah mungkin tidak akan kita dengar atau terima sama sekali,” katanya.
Mengulas lanjut, Marlin berharap lebih ramai anak muda Sabah berbakat yang mahu bergiat aktif di dalam industri ini dan mengutamakan ilmu dalam berkarya.
Beliau berkata sebagai anak seni, seseorang itu perlu menguasai pelbagai aspek dalam bidang itu dan tidak boleh berhenti belajar daripada meneroka ilmuilmu baharu.
“Kita boleh memilih untuk memainkan peranan yang kita gemari, namun pada masa sama jangan terlalu terikat kepada satu kemahiran sahaja, kerana industri pelukan variasi bakat.
“Bidang ini boleh dijadikan profesion atau kerjaya tetap, namun tidak dinafikan mempunyai cabaran yang hebat, kerana menuntut kerja keras dan disiplin.
“Sangat rugi jika kita tidak mempunyai bakat pelapis, kerana apabila orang lama kita sudah berhenti, ruang yang ada tidak mustahil akan diisi oleh orang luar,” katanya.