Tujuh askar Turki maut di wilayah Syria
ANKARA: Tujuh askar Turki terkorban kelmarin dalam serangan ke atas militia Kurdis dalam wilayah Syria, termasuk lima yang maut dalam serangan ke atas sebuah kereta kebal, menurut pihak tentera.
Kehilangan menandakan angka tertinggi dalam sehari bagi pihak tentera Turki dalam operasi Olive Branch yang dilancarkan pada 20 Januari ke atas militia Kurdis Syria Unit Perlindungan Rakyat (YPG), yang dilihat Ankara sebagai kumpulan pengganas.
Serangan ke atas kereta kebal juga merupakan serangan paling teruk terhadap pihak tentera dalam serangan setakat ini.
Pertempuran terbaharu menyaksikan sejumlah 14 askar Turki terkorban setakat ini dalam operasi tersebut.
Pihak tentera Turki dan pasukan pemberontak Syria yang disokong Ankara cuba menghalau keluar YPG dari kubu kuat Afrin di sempadan barat namun operasi itu setakat ini dibalas dengan pertempuran sengit.
Pihak tentera menyatakan salah seorang askar terkorban dalam pertempuran dan seorang lagi di kawasan sempadan,tanpamemberikan maklumat lanjut.
Dalam kenyataan kemudian, ia menambah bahawa sebuah kereta kebal tentera Turki diserang, mengorbankan kesemua lima anggota tentera di dalamnya.
Satu kenyataan sebelum ini menyatakan seorang anggota tentera terkorban dan seorang lagi tercedera dalam serangan.
Dalam serangan balas, jet pejuang Turki melancarkan serangan udara ke atas kawasan serangan berlaku, memusnahkan tempat perlindungan dan tempat buangan peluru, tambahnya.
Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan Khamis lepas pihak tentera Turki dan pemberontak yang disokong Ankara mengalami 25 kematian di antara mereka dalam operasi setakat ini.
Sementara itu, tujuh orang awamterkorbandalambedilan mortar di bahagian sempadan Turki yang didakwa Ankara didalangi YOG.
Ankara menyatakan perkembangan utama dalam operasi 15 hari itu, dengan kira-kira 900 pejuang YPG terkorbansetakatiniwalaupun mustahil untuk mengesahkan jumlah tersebut.
Kelmarin Erdogan cuba memberikan jaminan kepada Emmanuel Macron dari Perancis mengenai operasi itu, memberitahu pemimpin Perancis terbabit ia bertujuan menentang elemen keganasan dan Ankara tidak mengintip dalam wilayah Syria.
Macron mengingatkan pegawai Turki dengan menyatakan dalam temu bual akhbar minggu lepas bahawa Perancis akan mempunyai masalah sebenar dengan operasiitusekiranyaiadidapati operasi penaklukan.
Semasa panggilan telefon, kedua-dua presiden bersetuju untuk bekerjasama dalam laluan diplomatik di Syria dalam tempoh beberapa minggu terdekat, menurut Istana Elysee.
Erdogan menyatakan dalam ucapan kelmarin bahawa pasukan tentera Turki telah mula untuk mengambil kedudukan di gunung dan akan menuju ke arah Afrin.
Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin pula memberitahu wartawan di Istanbul bahawa operasi akan dilakukan seperti yang dirancangkan namun ia akan diteruskan sehingga kawasan tersebut bersih sepenuhnya.
Namun penganalisis dan pemerhati menyatakan setakat ini Turki merampas kawalan terhadap bahagian terhad di wilayah sekitar sempadantanpamenghampiri pekan Afrin.
Turki menyatakan YPG sebuah kumpulan kecil daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang mendalangi keganasan elama tiga dekad di Turki.
Bagaimanapun, YPG bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menentang kumpulan ekstremis Islamic State (IS) di Syria.
Serangan rakan anggota NATO Ankara di Washington terhadap pasukan pakatan AS membangkitkan kebimbangan mengenai konfrontasi tentera di antara kedua-dua kuasa pakatan.
Ankara telah menafikan mensasarkan orang awam sebagai sebahagian dari serangannya di Afrin.
Kelmarin penduduk yang berkabung telah berkumpul di Afrin bagi memperingati mangsa operasi, termasuk pejuang wanita Barin Kobani yang mana mayatnya yang dalam keadaan yang amat teruk muncul dalam rakaman video mengejutkan awal minggu ini.
Rakaman menunjukkan tuduhan oleh keluarganya dan pegawai Kurdis bahawa mangsa dihapuskan pemberontak yang disokong Turki.
Kerajaan dalam buangan pembangkang menyatakan kelmarin ia telah membuka satu siasatan mengenai perkara tersebut.
Ribuan mengadakan bantahan kelmarin di Perancis bagi menentang operasi Turki itu dengan berkumpul di Strasbourg da Paris. — AFP