Utusan Borneo (Sabah)

Belum ada penduduk dipindah akibat banjir di Membakut

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Sehingga tengahari Selasa, belum ada penduduk di kawasan Membakut dipindahka­n ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda daerah terbabit akibat hujan berterusan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Arifin Arif berkata, beliau telah dimaklumka­n mengenai banjir itu dan telah mengarahka­n Jawatankua­sa Bencana yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Daerah untuk memantau situasi berkenaan.

Katanya, ketika ini anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan ke beberapa lokasi yang sering dilanda banjir bagi meninjau keadaan.

“Setakat ini, belum ada lagi penduduk yang ditempatka­n di PPS. Namun kita akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa ekoran cuaca yang tidak menentu ini.

“Saya difahamkan lokasi yang berisiko banjir adalah Kampung Baitam, Kampung Brunei, kawasan Jambatan Baru, Pekan dan Kampung Bambangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Program Wakil Rakyat bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan di Hotel Tabung Haji, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Adun Membakut memberitah­u, beliau akan bertemu dengan pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membincang­kan beberapa perkara bagi mengurangk­an banjir di Membakut.

Beliau akan berusaha mencari jalan penyelesai­an bagi mengatasi masalah banjir yang melanda Membakut termasukla­h usaha mengurangk­an risiko banjir di beberapa kampung.

“Saya akan mengaturka­n lagi pertemuan dengan pihak berkenaan tentang perkara ini. Ada cadangan untuk mendalamka­n sungai namun saya tidak mahu terburu-buru melaksanak­annya kerana khuatir ada masalah lain lagi yang timbul,” katanya.

 ??  ?? ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
ARIFIN berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia