Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian, pemuda dipenjara 20 tahun

Sebabkan kematian pelajar lelaki 16 tahun

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang pemuda berusia 19 tahun kerana menyebabka­n kematian seorang pelajar tahun lepas.

Hakim Awang Kerisnada AwangMahmu­dmenjatuhk­an hukuman itu terhadap Irwanshah Sabaruddin yang mengaku bersalah, menerusi Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Mengikut peruntukan seksyen berkenaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sehingga menyebabka­n kematian Mohd Ayieruchiz­amsyah Lambang, 16, pada 23 April 2017.

Kesalahan terbabit dilaporkan dilakukan oleh tertuduh terhadap mangsa antara jam 5.30 petang sehingga 6 petang di padang taman permainan Kg Sentosa Jalan Utara.

Fakta kes menunjukka­n pada 24 April, Bilik Gerakan IPD Tawau menerima panggilan daripada ibu mangsa, Hariyani Lahabe, yang mengatakan anaknya meninggal dunia.

Susulan panggilan telefon itu, sepasukan polis menangkap tertuduh pada hari yang sama kira-kira jam 10.45 pagi di Kg Pisang selepas diserahkan oleh orang awam.

Rampasan di dalam kes terbabit turut melibatkan sebatang kayu dahan mangga yang disyaki digunakan oleh tertuduh sebagai senjata untuk memukul mangsa.

Hasil siasatan dan keterangan saksi mendapati tertuduh memukul mangsa di bahagian kepala sebanyak dua kali sehingga mangsa terjatuh terbaring dalam keadaan bertiarap.

Tertuduh dikatakan memukul mangsa dengan menggunaka­n sebatang kayu yang sudah terbakar, malah turut menumbuk di bahagian muka mangsa.

Selepas insiden itu, mangsa dibawa pulang oleh orang awam ke rumahnya (kejadian dikatakan berlaku akibat tertuduh marah apabila melihat adiknya jalan bersama mangsa).

Mangsa mengalami kecederaan dan lemah semasa tiba di rumah, dan pada pagi berikutnya mangsa cuba dikejutkan oleh ibunya dari tempat tidur, namun sudah meninggal dunia.

Hasil bedah siasat oleh pakar patologi di bahagian luar/fizikal mangsa mendapati terdapat beberapa geseran luka pada muka, serta lebam dan luka di dalam bibirnya.

Bedah siasat selanjutny­a mendapati lebam pada kulit kepala dan belakang di antara kepala dan leher serta retakan dan pendarahan dalaman di otak bahagian belakang mangsa.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memukul menggunaka­n kayu sehingga menyebabka­n kecederaan pada kepala mangsa sehingga menyebabka­n mangsa meninggal dunia.

Pendakwaan kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan.

“Kesalahan terbabit dilaporkan dilakukan oleh tertuduh terhadap mangsa antara jam 5.30 petang sehingga 6 petang di padang taman permainan Kg Sentosa Jalan Utara. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia