Utusan Borneo (Sabah)

PBT perlu lebih agresif kutip hasil tertunggak

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sabah diingatkan supaya lebih agresif dalam meningkatk­an kutipan hasil yang tertunggak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata, setiap PBT sekurang-kurangnya perlu mengutip 60 peratus kutipan hasil yang tertunggak.

Menurutnya, masalah pembayaran lewat daripada pembayar cukai antara punca utama yang menyebabka­n banyak kutipan hasil tertunggak.

“Kita sedang berusaha untuk mengutip seberapa banyak hasil yang tertunggak dan mahu meningkatk­an 100 peratus kutipan hasil semasa.

“Kutipan hasil ini penting bagi membantu perbelanja­an PBT dalam menjalanka­n operasi dan menambahba­ik kualiti perkhidmat­an,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis amanat beliau bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Jabatan/Agensi di bawah KKTP, di sini pada Selasa.

Hajiji berkata, kutipan hasil yang diperoleh PBT sekarang sememangny­a kurang memuaskan.

Sehubungan itu, pihaknya giat menggunaka­n pelbagai saluran termasuk media sosial dan juga melantik syarikat pengutip hasil dalam menangani isu berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatk­an supaya PBT mencari inisiatif lain iaitu sumber baharu bagi meningkatk­an hasil Majlis Perbandara­n dan Majlis Daerah.

Selain itu, Hajiji menekankan semua kerja termasuk pembayaran yang masih tertangguh dapat diselesaik­an segera sebelum menjelangn­ya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Langkah berkenaan jelasnya, bagi mengelak kredibilit­ikementeri­an,agensi dan juga PBT terjejas.

 ??  ?? HAJIJI (depan, tengah) merakamkan kenangan bersama warga KKTP yang hadir pada majlis amanat itu.
HAJIJI (depan, tengah) merakamkan kenangan bersama warga KKTP yang hadir pada majlis amanat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia