Utusan Borneo (Sabah)

Guru perlu sentiasa kreatif, lengkap diri dengan kemahiran semasa

Lengkapkan diri dengan kemahiran semasa dan dalami ilmu untuk tingkat kecemerlan­gan diri

- Oleh JOHAN AZIZ

GURU perlu sentiasa kreatif melengkapk­an diri dangan kemahiran semasa, inovatif mencari peluang bagi mendedahka­n diri kepada perkara baharu dan agresif mendalami ilmu untuk memperting­katkan kecemerlan­gan diri.

Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Laineh Ebit berkata, ia juga sebagai jaminan kualiti mahupun kelestaria­n budaya PLC di mana pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan oleh kumpulan peneraju sendiri.

“Program Butiaku merupakan bengkel membina bahan bantu mengajar berimpak tinggi yang dapat membantu pelajar menguasai masalah pembelajar­an dalam kemahiran tertentu dengan menggunaka­n sepenuhnya bahan bantu yang telah disediakan,” katanya pada penutupan Bengkel Butiaku peringkat daerah di Dewan Datuk Anthony Gibun SMK Tambunan.

Selain itu katanya, penggunaan bahan bantu mengajar adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) iaitu guru sebagai penyampai dan pelajar sebagai penerima.

Menurut beliau, program itu dapat memupuk serta mengembang­kan sikap yakin diri dan sikap positif pelajar terhadap pembelajar­an dan membolehka­n mereka menguasai kemahiran tertentu agar dapat meneruskan pelajaran dengan lebih seronok.

“Ia sinonim dengan makna atau maksud sebenar butia iaitu anak-anak kita ini adalah seperti permata yang sangat bernilai dan memerlukan perhatian sepenuhnya,” katanya.

Laineh yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah berharap bengkel itu akan diteruskan bagi membantu guru dalam menyediaka­n keperluan khusus untuk membantu pelajar dalam masalah pembelajar­an di tahap satu, seiring dengan keperluan pembelajar­an abad ke-21.

Beliau difahamkan bahawa program itu mendapat sambutan yang amat baik daripada semua peserta dan mengharapk­an agar mereka dapat mengaplika­sikan sebaik mungkin apa yang telah dipelajari untuk dikongsika­n bersama rakan-rakan.

“Merujuk pada data pencapaian penguasaan pelajar dalam setiap kali saringan literasi dan numerasi dijalankan, tidak dinafikan bahawa berlakunya peningkata­n dari segi bilangan mahupun peratus pelajar mencapai penguasaan tahap minimum.

“Bagaimanap­un, masih terdapat bilangan pelajar yang belum menguasai khususnya murid tahun satu. Kesedaran untuk mewujudkan Task Force Sifar 2TM ini diutarakan dan direalisas­ikan di peringkat PPD dengan harapan, perkara yang sama berlaku di peringkat sekolah,” katanya.

Justeru katanya, sebagai permulaan Program Butia yang mengambil jangka masa selama tiga tahun itu dikhususka­n untuk membantu murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Katanya, ia bukan sahaja semata-mata untuk memenuhi tuntutan aspirasi murid dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia malahan juga memenuhi Anjakan ke6 iaitu mengupayak­an PPD dan sekolah untuk menyediaka­n penyelesai­an khusus berasaskan keperluan.

“Program Butiaku merupakan bengkel membina bahan bantu mengajar berimpak tinggi yang dapat membantu pelajar menguasai masalah pembelajar­an dalam kemahiran tertentu dengan menggunaka­n sepenuhnya bahan bantu yang telah disediakan. ”

LAINEH EBIT

Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah

 ??  ??
 ??  ?? PARA kakitangan PPD yang terlibat dalam program itu. Laineh (empat kanan) dan Pengarah Program Christian Lajangan (tiga kanan).
PARA kakitangan PPD yang terlibat dalam program itu. Laineh (empat kanan) dan Pengarah Program Christian Lajangan (tiga kanan).
 ??  ?? GURU-GURU sekolah rendah tahap satu daerah Tambunan bergambar dengan hasil bengkel masing-masing.
GURU-GURU sekolah rendah tahap satu daerah Tambunan bergambar dengan hasil bengkel masing-masing.
 ??  ?? PESERTA bengkel guru tahap satu dengan BBM beliau.
PESERTA bengkel guru tahap satu dengan BBM beliau.
 ??  ?? DEMO Bahan Bantu Mengajar (BBM).
DEMO Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia