Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut dipercayai diserang buaya

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut dipercayai diserang seekor buaya ketika keluar mencari lokan di sungai Ladang Seberang Peringkat 5, di sini pada Isnin.

Mangsa yang belum dikenalpas­ti identitiny­a itu dipercayai telah keluar mencari lokan di kawasan sungai berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, difahamkan adalah menjadi kebiasaan mangsa dan anaknya keluar mencari lokan di kawasan itu untuk dijual, yang merupakan aktiviti harian mangsa dan anak-anak sebagai punca rezeki.

Bagaimanap­un, dalam kejadian petang Isnin, semasa berada di dalam sungai mangsa dikatakan telah diserang oleh buaya dan dilihat oleh anaknya.

“Mangsa dikatakan telah dilibas dan tersangkut di dahan kayu di dalam sungai,” katanya di sini pada Selasa.

Hamzah berkata, selepas kejadian itu anak mangsa kemudian berjaya menarik mangsa ke tepi sungai sebelum menjerit meminta pertolonga­n daripada adikberadi­k mangsa yang turut berada di tempat kejadian.

Katanya, berikutan serangan itu, mangsa mengalami calar-calar di badan, luka di tangan dan dada, luka akibat terkena tusukan dahan di perut, luka di bawah ketiak kanan dan di lengan kiri dipercayai akibat pergelutan dengan buaya dan pada masa sama, ditarik oleh anak mangsa selain tersangkut pada pokok tumbang di tepi sungai.

“Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Lahad Datu namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia