Utusan Borneo (Sabah)

BN PILIHAN MAJORITI

Hajiji yakin BN tetap tubuh k’jaan selepas PRU14

-

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negeri itu dan juga pusat selepas pilihan raya umum ke-14.

Bendahari Umno itu berkata keyakinann­ya bersandark­an prestasi cemerlang BN dalam membawa kemajuan dan pembanguna­n untuk kesejahter­aan rakyat, khususnya di Sabah selain majoriti rakyat dilihat kekal menyokong BN.

“Mereka yang cakap (tidak menyokong) itu hanya beberapa sahaja... sebagai negara demokrasi, mereka boleh aktif berpolitik dan memberi sokongan kepada mana-mana parti yang mereka suka.

“Walau bagaimanap­un, dengan keadaan di lapangan (sokongan peringkat akar umbi dan pembanguna­n kerajaan), kita masih yakin BN tetap mendapat sokongan untuk menerajui kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Hajiji yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman, berkata rakyat seharusnya menggunaka­n hak mereka sebagai pengundi secara lebih bijaksana dengan memilih kerajaan yang terbukti banyak membawa perubahan selain sentiasa berusaha memastikan kestabilan ekonomi dan politik terus terpelihar­a.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatk­an pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah kementeria­nnya agar tidak terpengaru­h atau terikut-ikut dengan mana-mana pihak menyebarka­n tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan menerusi media sosial.

Pegawai dan kakitangan kerajaan seharusnya menggalas tanggungja­wab dan amanah sebagai penjawat awam dengan menjelaska­n segala usaha pembanguna­n dibawa kerajaan untuk rakyat, katanya. -Bernama

 ??  ?? YEO (tiga kiri) bersama Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad (dua kanan) tertarik melihat barang cenderaken­angan yang terdapat di majlis itu.
YEO (tiga kiri) bersama Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad (dua kanan) tertarik melihat barang cenderaken­angan yang terdapat di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia