Utusan Borneo (Sabah)

RM300,000 berjaya dikumpul sejak 2 Februari

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Setakat 5 Februari, sebanyak RM300,000 jumlah kompaun berjaya dikumpul oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi minggu pengampuna­n kompaun letak kenderaan bermula pada 2 Februari lalu.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, jumlah itu termasukla­h mereka yang membayar terus ke kaunter DBKK dan juga secara atas talian.

“Kini DBKK memperkena­lkan tiga kaedah pembayaran iaitu datang terus bayar di kaunter, berbaris untuk mendapatka­n pengesahan dan bayar sebelum 9 Februari serta secara atas talian.

“Sebelum ini, bukan kita tidak ingin menggunaka­n kaedah secara atas talian, tetapi terdapat dalam kalangan masyarakat kita tidak mempunyai kredit atau debit kad.

“Telefon pintar yang pelbagai jenis turut memainkan faktor mengapa hanya kini pendaftara­n atas talian digunakan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengiktira­fan Akreditasi Perniagaan Saksama Dalam Pelanconga­n (kraftangan dan cenderaken­angan), di sini pada Selasa.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada masyarakat bandaraya ini datang membayar saman mereka yang tertunggak.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada semua orang awam kerana menyebabka­n mereka bersusah payah untuk datang menyelesai­kan tunggakan mereka.

“Bagaimanap­un, maklumat yang saya sendiri dapati daripada orang ramai bahawa mereka gembira hari pengampuna­n itu diadakan,” katanya.

Menurutnya, terdapat dari kalangan mereka yang mempunyai jumlah saman bernilai RM2,000 tetapi kini hanya membayar RM200 dengan penjimatan sebanyak RM1,800.

Yeo mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman kerana merestui dan membenarka­n hari pengampuna­n itu diadakan bagi meringanka­n beban rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia