Utusan Borneo (Sabah)

Polis gagalkan cubaan seludup

Rampas minuman keras, rokok dan mercun bernilai RM700,000

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menggagalk­an kegiatan satu sindiket yang cuba menyeludup ribuan kotak minuman keras, rokok dan mercun yang dianggarka­n bernilai hampir RM700,000, di sini pada Ahad.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata antara barangan yang dirampas termasukla­h 934 kotak mengandung­i tin minuman keras pelbagai jenama dan 13 kotak berisi botol minuman keras pelbagai jenama.

Turut dirampas 717 kotak rokok pelbagai jenama, 124 kotak mercun serta wang tunai RM66,271. Polis juga menyita empat lori serta masing-masing sebuah van dan kereta.

“Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 4.40 petang itu turut menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga asing berumur 24 hingga 46 tahun.

“Polis turut menahan seorang wanita berumur 28 tahun yang dipercayai pengurus premis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di IPD Penampang pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Haris Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Razarudin berkata kejayaan rampasan itu berjaya dilaksanak­an selepas anggotanya melakukan operasi risikan dan pemantauan rapat selama kira-kira dua minggu di premis berkenaan.

“Kesemua suspek yang ditahan kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

“Serbuan yang di“jalankan kira-kira jam 4.40 petang itu turut menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga asing berumur 24 hingga 46 tahun. DATUK RAZARUDIN HUSAIN Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ?? RAZARUDIN (tengah), Salehuddin (kiri) dan Haris (kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas.
RAZARUDIN (tengah), Salehuddin (kiri) dan Haris (kanan) menunjukka­n mercun yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia