Utusan Borneo (Sabah)

PBS mahu diberi peluang tanding di Penampang

-

PENAMPANG: Para pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta mempertimb­angkan supaya lebih banyak anggota komponenny­a bertanding di Penampang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Bahagian PBS Moyog John Chryso Masabal kerana beliau berpendapa­t perkongsia­n kerusi yang sama rata di Penampang akan menjadikan BN lebih kuat dan bersatu.

“Kenapa tidak memberikan parti dengan rekod baik yang tidak pernah kalah dalam mana-mana pilihan raya di Penampang untuk bertanding di salah satu kerusi di sini? Saya maksudkan adalah PBS, yang tidak pernah kalah dalam mana-mana pilihan raya, malah semasa parti ini berada dalam pembangkan­g,” katanya.

Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, John Chryso menegaskan bahawa empat parti utama BN di Penampang ialah Upko, PBS, MCA dan Umno.

Umno katanya, telah diwakili oleh ketua bahagian parti itu Datuk John Ambrose yang baru-baru ini dilantik senator. Wakil MCA datang dalam bentuk calonnya di kerusi DUN Kepayan manakala untuk Upko di kerusi Parlimen Penampang dan DUN Moyog.

Beliau berpendapa­t ia adalah strategi pintar untuk mewakili semua komponen utama parti BN dan ia boleh dilakukan dengan memperuntu­kkan satu kerusi kepada PBS.

“Berkongsi kerusi yang ada akan menjadikan BN lebih kuat dan bersatu. Ia juga mendorong semua orang bekerja lebih keras dan menanamkan rasa kepunyaan di Penampang,” katanya.

John Chryso yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBS memberitah­u 30 peratus daripada pengundi di Penampang adalah orang Cina dan mereka kebanyakan­nya di kawasan DUN Kepayan.

“PBS adalah parti berbilang kaum, jadi ia sesuai untuk mengambil kerusi Parlimen Penampang,” katanya.

Secara tradisinya jelas beliau, kerusi Parlimen Penampang dan Moyog adalah kepunyaan PBS dan parti itu tidak pernah kalah dalam sebarang pilihan raya di Penampang walaupun semasa berada dalam pembangkan­g.

“Rekodnya baik dan PBS bersedia untuk PRU14. PBS ingin melihat Penampang sekali lagi diwakili oleh BN. Penampang adalah kubu kuat PBS dan mempunyai 70 cawangan di kawasan itu, semuanya yang masih aktif.

“Kenapa tidak memberi peluang kepada parti yang tidak pernah kalah mewakili BN pada PRU14?” katanya.

Malah, John Ambrose pada masa lalu mencadangk­an supaya PBS dipertimba­ngkan bertanding di salah satu kerusi di Parlimen Penampang.

“Kami berterima kasih kepada Datuk John atas keyakinann­ya terhadap PBS dan kami bersedia untuk pilihan raya,” katanya.

 ??  ?? JOHN
JOHN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia