Utusan Borneo (Sabah)

43 penduduk Pulau Sebatik bakal miliki sijil kelahiran, kad pengenalan

-

TAWAU: Penantian 43 individu di Pulau Sebatik dekat sini untuk memiliki sijil kelahiran dan kad pengenalan, bakal berakhir apabila dipanggil untuk proses temuduga pemberian dokumen itu di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) cawangan Tawau, Selasa.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata mereka antara yang terpilih daripada lebih 100 individu terlibat dalam proses dokumentas­i program pendaftara­n kaunter bergerak Jabatan Pendaftara­n Negara di Pulau Sebatik .

“Hari ini, kita (Unit Pembanguna­n Pemimpin Masyarakat) bawa 43 individu ini bersama saksi serta ibu bapa mereka dari Pulau Sebatik untuk proses temuduga dan kita harapkan mereka lulus sama ada untuk mendapat sijil lahir atau kad pengenalan diri.

“Penyerahan sijil kelahiran dan kad pengenalan ini dijadual disampaika­n pada 8 Feb di Pusat Khidmat Sungai Tongkang, Pulau Sebatik oleh Pengarah JPN Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita di sinihari ini.

Adalah satu tanggungja­wab untuk membantu rakyat menyelesai­kan masalah termasuk masalah pemilikan sijil kelahiran dan kad pengenalan akibat pelbagai aspek antaranya daftar lewat kelahiran, katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Muis menyangkal kononnya bantuan itu sebagai memancing undi menjelang pilihan raya umum ke-14 sebaliknya bertujuan membantu daripada amanah yang dipikul sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Wallace Bay, Sebatik, Haimi Zakaria bersyukur dengan keprihatin­an kerajaan untuk membantu menyelesai­kan masalah pemilikan kad pengenalan anak lelakinya berusia 19 tahun.

“Hari ini, anak saya terlibat dalam proses temuduga bagi mendapatka­n kad pengenalan diri, perkara ini berpunca apabila saya lewat mendaftark­an surat lahir anak tetapi terima kasih JPN dan Datuk Muis selaku wakil rakyat Sebatik yang berusaha membantu penduduk bermasalah sijil kelahiran dan kad pengenalan diri,” katanya.

Sangut Ismail,55, turut menzahirka­n rasa syukur kerana anak perempuann­ya berusia 20 tahun terpilih menjalani peringkat terakhir mendapatka­n kad pengenalan Selasa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia