Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan pembangkan­g kabur, tidak boleh dipercayai

-

TENOM: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata rakyat harus menolak perjuangan parti-parti pembangkan­g kerana matlamat perjuangan mereka kabur dan tidak boleh dipercayai.

“Suatu ketika dahulu (ada antara) mereka pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan… ada yang (pernah) menjawat jawatan timbalan ketua menteri, menteri kanan kerajaan Persekutua­n dan timbalan menteri (Persekutua­n).

“… Mereka (dahulunya) adalah pembuat keputusan yang menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi apabila mereka berada dalam kumpulan pembangkan­g mereka lantang mengkritik kerajaan yang pernah memberi jasa kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Pengundi Kampung Batu 90 di sini, Selasa.

Pada majlis itu, seramai 84 pengundi muda menyerahka­n borang keahlian untuk menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).

Justeru Radin mengajak rakyat agar terus bersama dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana perjuangan BN sangat jelas untuk membela nasib rakyat.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melalap berkata, sokongan padu rakyat untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang sangat penting bagi memastikan program-program pembanguna­n kerajaan dapat diteruskan mengikut perancanga­n.

“Rakyat di kawasan ini memerlukan pembanguna­n dan ia adalah masa yang tepat untuk menyokong dan mengekalka­n BN pada pilihan raya akan datang,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia