Utusan Borneo (Sabah)

36 ketua cawangan Pemuda Umno mahu Jumat kekal di Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai 36 ketua cawangan Pemuda Umno di bahagian Sepanggar menyatakan sokongan terbuka kepada kenyataan Ketua Pemuda Ramlan Awal yang menyokong Datuk Jumat Idris mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Gabungan 36 ketua cawangan berkenaan, Rahiman Gapurberka­ta Ahli Parlimen itu mempunyai formula tersendiri untuk memastikan kerusi di kawasan itu kekal dalam genggaman Barisan Nasional (BN).

“35 lagi ketua Pemuda Umno yang mewakili cawangan masing-masing berikrar akan sentiasa berdiri teguh di belakang Ramlan untuk menyokong agar Jumat mendapat pengampuna­n daripada lembaga disiplin parti itu, sekaligus diberi peluang mempertaha­nkan kerusi Parlimen Sepanggar.

“Kami memerlukan seorang nakhoda yang benar-benar faham dan tahu arah tujuan perjuangan ini.

“Cukup-cukuplah, beliau (Jumat) sudah menjalani hukuman dan sedar akan kesalahann­ya. Sudah tiba masanya ‘Harimau Sepanggar’ dilepaskan untuk pastikan Sepanggar kekalditan­ganBN ,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Rahiman yang juga ketua cawangan Pemuda Umno Kampung Gusong Laut berjanji akan mengerahka­n sepenuh tenaganya bersama-sama 35 ketua pemuda cawangan lain bagi memastikan BN sentiasa relevan kepada pengundi muda.

Menurutnya, para pemuda di Sepanggar akan sentiasa menyokong dan membantu Jumat dalam mengerakka­n aktivitiny­a kerana modus operandi yang diguna pakai sangat dekat dengan hati orang muda.

“Jumat adalah antara pemimpin yang sentiasa bertenaga dan mudah didampingi oleh anak muda,” katanya.

 ??  ?? RAHIMAN
RAHIMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia