Utusan Borneo (Sabah)

Tiga daerah banjir

Hujan berterusan sejak Isnin

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS ANTARA rumah terjejas banjir yang dipantau oleh anggota APM.

KOTA KINABALU: Hujan berterusan sejak petang Isnin menyebabka­n tiga daerah di Sabah termasuk Penampang, Membakut dan Kota Marududige­nangi air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Kamal Mokhtar berkata hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan setakat jam 6 petang Selasa, keadaan banjir masih berada pada tahap terkawal.

“Keadaan banjir yang menjejaska­n dua perkampung­an iaitu Beliajung dan Salimandut di Kota Marudu sejak Isnin menyebabka­n dua PPS dibuka masing-masing PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan PPS di bangunan Rukun Tetangga Salimandut.

“PPS yang menempatka­n keseluruha­n 117 mangsa daripada 33 keluarga itu bagaimanap­un sudah ditutup secara rasminya pada jam 1 petang Selasa berikutan keadaan banjir mulai surut,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata paras banjir dilaporkan teruk di bahagian perkampung­an Kuranji dan Popok Darat menyebabka­n 119 mangsa dipindahka­n ke PPS Dewan Komuniti bermula jam 3.45 petang.

Sementara itu, enam kampung di Membakut termasuk Lumantak, Bambangan, Sinoko, Kayai, Baitam dan Jambatan Baru dilaporkan turut terjejas banjir.

Katanya walaupun keadaan banjir di daerah itu masih terkawal, pihaknya akanmelaku­kanpemanta­uan dari semasa ke semasa untuk persediaan pelbagai kemungkina­n berikutan paras air sungai Membakut kini adalah 6.0 meter iaitu pada paras amaran.

“Bagi daerah Penampang, beberapa kawasan dilaporkan digenangi air iaitu Country Shangrila di Jalan Panglima Banting, Kampung Kolopis dan Kampung Penampang Proper.

“Tiga jalan utama termasuk Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Kampung Kibabaig dan Jalan Penampang Proper turut terjejas namun, masih boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Kamal berkata keadaan hujan di daerah itu dilihat turun secara berkala dan anggota APM melakukan pemantauan bersama agensi lain di lokasi yang berisiko.

“Keadaan banjir yang menjejaska­n dua perkampung­an iaitu Beliajung dan Salimandut di Kota Marudu sejak Isnin menyebabka­n dua PPS dibuka masing-masing PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan PPS di bangunan Rukun Tetangga Salimandut. ” KAMAL MOKHTAR

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM melakukan pemantauan di Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang.
ANGGOTA APM melakukan pemantauan di Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia