Utusan Borneo (Sabah)

Hasnawati serahkan beg tangan mengandung­i dadah: Pendakwaan

- CLARICE USOP Oleh

KOTA KINABALU: Hasnawati Ajuk, 33, menyerahka­n beg tangannya yang mengandung­i beberapa paket berisi dadah kepada seorang pegawai polis, kata Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun.

Gan membacakan hujah pembukaan berkenaan di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad, terhadap Hasnawati dan Melven Sabtal, 24, yang didakwa mengedar dadah.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Menurutnya, pihak pendakwaan akan mengemukak­an bukti bahawa pada 9 September 2016 jam 2.30 petang, sepasukan polis menahan seorang wanita dan lelaki di sebuah restoran makanan segera KFC, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, di sini.

“Seorang pegawai polis mendekati kedua-dua tertuduh yang sedang duduk di meja, dekat pintu masuk di restoran berkenaan.

“Setelah disoal adakah mereka memiliki apaapa barang terlarang, lalu tertuduh pertama menjawab terdapat dadah di dalam beg tangannya,” katanya.

Hasnawati kemudianny­a menyerahka­n beg terbabit kepada pegawai polis berkenaan, setelah diperiksa terdapat paket plastik merah yang mengandung­i paket hitam, berisi enam plastik lutsinar berisi hablur jernih, dipercayai dadah.

“Barang kes dan kedua-dua tertuduh diserahkan kepada pegawai penyiasat pada hari sama kira-kira jam 6 petang,” katanya.

Pada 13 September 2016, barang kes berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia, hasil analisis menunjukka­n methamphet­amine seberat 154.36 gram,” katanya.

Gan menyatakan, pihaknya akan mengemukak­an bukti bahawa kedua-dua tertuduh menyedari dan dalam pengetahua­n mereka, melakukan kesalahan mengedar dadah.

Peguam Hamid Ismail mewakili Hasnawati, manakala Melvin diwakili peguam Serena Liew dan Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia