Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda dipenjara 18 bulan akibat mencuri

- - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pemuda yang mengatakan dirinya terdesak mencuri, dikenakan penjara 18 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Stephanie Sherron Abbie terhadap Sabri Robin, 19, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda, atau keduaduany­a.

Tertuduh mencuri dompet, dua kad kredit, cermin mata dan tali pinggang seorang lelaki, pada 29 Januari jam 3.40 pagi di sebuah rumah, Imago The Loft Blok B, di sini.

Semasa rayuan, Sabri memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu menanggung keluarga, disamping menyatakan terdesak ketika melakukan kesalahan itu.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 27 Februari untuk arahan daripada timbalan pendakwara­ya, terhadap seorang anggota polis yang didakwa mengugut bekas isterinya.

Keputusan itu dilakukan terhadap Jumadi Dahalan, 38, selepas pengadu yang berusia 36 tahun memberitah­u ingin menarik kembali laporan terhadap tertuduh.

Tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa (pengadu), pada 29 September tahun lalu jam 1.58 petang di hadapan Blok J, perumahan polis Taman Nelly, Inanam, di sini.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 506 kanun sama, boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarka­n Jumadi diberikan ikat jamin sebanyak RM3,000 dicagarkan dua penjamin tempatan, sehingga kes berkenaan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia