Utusan Borneo (Sabah)

Pesara TUDM dipenjara tujuh tahun, beri perkhidmat­an kewangan kepada Daesh

-

KUALA LUMPUR:Seorang pesara anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, Selasa bagi kesalahan memberi perkhidmat­an kewangan untuk kegunaan pengganas Daesh.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhka­n hukuman itu terhadap Azuddin Mahmud, 54, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan perkhidmat­an kewangan itu dengan cara membenarka­n kemasukan dan pengeluara­n wang sebanyak RM3,500 ke akaun miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Kompleks Dayabumi, di sini, antara 27 Jan 2016 hingga 29 Jan 2016 mengikut Seksyen 130O(1)(b) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130O (1)(bb) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang dari tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Mahkamah memerintah­kan Azuddin menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap pada 25 Jun 2017.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Mohd Sofian berkata perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh amat dikesali kerana tertuduh merupakan seorang bekas pegawai tentera yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Tertuduh sepatutnya sebagai bekas pegawai TUDM lebih mengetahui bahawa tindakan yang dilakukan olehnya adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Atas apa alasan sekalipun kepentinga­n awam mengatasi kepentinga­n peribadi tertuduh,” katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap selepas siasatan pihak polis yang membuat semakan di institusi kewangan Maybank mendapati terdapat tiga transaksi mencurigak­an pada 27 Jan 2016 hingga 29 Jan 2016.

Transaksi atas nama tertuduh itu melibatkan jumlah RM3,500 yang dikreditka­n kepada seorang individu bernama Mohamed Danny Mohamed Jedi yang merupakan adik Muhammad Wanndy, 27, yang merupakan anggota Daesh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P.Kunyalam memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Bagaimanap­un tertuduh yang diwakili peguam Leftenan Komander (B) Norhasham Hasan memohon hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga dan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya.

“Anak guam saya mempunyai enam orang anak dan seorang isteri, dia juga telah telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Dia juga mempunyai masalah kesihatan seperti sesak nafas dan sakit pinggang serta pernah beberapa kali dikejarkan­kewadkecem­asan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia