Utusan Borneo (Sabah)

Pemeriksaa­n kesihatan percuma untuk penduduk

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA TSANG bersama kakitangan kesihatan pada program Pemimpin Bertemu Komuniti Setempat.

SANDAKAN: Penduduk setempat di PPR Taman Harmoni, Kampung Muhibbah di sini telah menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara percuma.

Program itu dianjurkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan dan BN Sabah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada Ahad.

Pemeriksaa­n kesihatan itu adalah antara pengisian bagi program Pemimpin Bertemu Komuniti Setempat yang dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pusat LDP Tsang Hieng Yee.

Antara pemeriksaa­n kesihatan itu termasuk pemeriksaa­n BMI, tahap gula dan kolesterol serta ujian pap smear yang ditawarkan secara percuma.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Tsang berkata kerajaan BN sentiasa melaksanak­an usaha untuk menyebar kesedaran mengenai aspek kesihatan yang menekankan mencegah lebih baik dari mengubati.

Katanya, pemeriksaa­n kesihatan percuma seperti yang disediakan dalam program itu adalah contoh usaha kerajaan dalam memastikan rakyat mempunyai akses untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan yang terbaik.

“Saya ingin menekankan mengenai kepentinga­n kesihatan kerana ia tidak boleh dibeli dengan wang. Berikutan kehidupan kita pada masa kini lebih kompetitif dan mencabar, kesihatan kita juga berdepan ancamanyan­glebihheba­tdari segi tekanan, pencemaran dan makanan yang kita makan.

“Sehubungan itu, terdapat banyak faktor yang memerlukan kita untuk menjaga kesihatan diri. Kita tidak sepatutnya hanya fokus untuk rawatan sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada langkah pencegahan,” katanya.

Beliau turut mengajak masyarakat setempat untuk memanfaatk­an kemudahan dan perkhidmat­an yang disediakan kerajaan dalam aspek penjagaan kesihatan.

Sementara itu, Tsang menggesa masyarakat agar terus menyokong sekaligus memberi peluang kepada BN untuk memimpin negara dan juga Sandakan.

“Dengan sokongan dan peruntukan daripada kerajaan BN, sekiranya kerusi Parlimen Sandakan kembali semula kepada calon BN, sudah pasti banyak yang boleh dilakukan untuk penduduk di sini,” tambahnya.

Hadir sama, Presiden Kelab Penyokong Kerajaan danBNSabah­MohdHisnai­n, KetuaPemud­aLDPTanjun­g Papat Siaw Ket Hiung, Ketua Pemuda LDP Elopura Chang Ket Vun, Ketua Pemuda LDP Karamuntin­g Ng Wai Kin, Ketua Pemuda Sungai Sibuga Lo Chee Kong, Ketua Pemuda LDP Sekong Sam Wong dan Ketua Pemuda LDP GumGum Alex Nam.

 ??  ??
 ??  ?? TSANG (duduk, tengah) turut membuat pemeriksaa­n kesihatan.
TSANG (duduk, tengah) turut membuat pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia