Utusan Borneo (Sabah)

Belia Sabah lebih bijak: Mazlan

Kempen #UndiRosak hanya merugikan belia di negara ini

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Belia di negara ini khususnya di negeri Sabah diyakini tidak akan terikut-ikut dengan kempen #UndiRosak yang dilihat tidak akan memberi sebarang manfaat kepada golongan terbabit.

Naib Presiden Majlis Belia Sabah Mazlan Joehari Manan berkata, tindakan sedemikian dilihat hanya merugikan diri sendiri kerana tidak memilih barisan pemimpin yang mampu membawa suara belia kepada kerajaan.

“Saya yakin belia di negeri ini lebih bijak daripada segelintir pihak yang mengajak rakyat untuk merosakkan undi masing-masing pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kempen ini tidak akan menguntung­kan sesiapa malah ianya hanya akan merosakkan sistem pilihan raya itu. Ini perbuatan sia-sia dan malah merugikan diri sendiri kerana tidak memilih wakil rakyat dan kerajaan yang lebih layak menerajui negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo ketika ditemui di ibu negeri pada Selasa.

Dalam pada itu, Mazlan yang juga pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah (Gabungan) berkata, sebaliknya belia perlu bersatu hati keluar mengundi pada PRU akan datang.

Katanya, daripada menyertai kempen yang langsung tidak memberi manfaat adalah lebih baik golongan belia keluar pada hari pengundian dan memberikan kepercayaa­n kepada mereka (calon) yang lebih layak.

“Saya menyaranka­n agar belia keluar mengundi pada PRU nanti dan melakukan pilihan yang tepat, waras dan rasional. Jangan terikutiku­t dengan tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Justeru beliau berharap belia di negeri ini tidak akan terpengaru­h dengan kempen #UndiRosak yang dipercayai tidak mendatangk­an sebarang manfaat kepada rakyat dan belia di negara ini.

“Kempen ini tidak akan menguntung­kan sesiapa malah ianya hanya akan merosakkan sistem pilihan raya itu. Ini perbuatan sia-sia dan malah merugikan diri sendiri kerana tidak memilih wakil rakyat dan kerajaan yang lebih layak menerajui negeri dan negara, ” MAZLAN JOEHARI MANAN Naib Presiden Majlis Belia Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia