Utusan Borneo (Sabah)

Galak umat Islam hayati al-Quran

Penganjura­n Majlis Tilawah al-Quran setiap tahun

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Acara keagamaan yang diadakan saban tahun adalah satu usaha yang baik bagi umat Islam di negara ini untuk memahami ajaran yang terkandung dalam kitab suci al-Quran.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitah­u, melalui penganjura­n Majlis Tilawah al-Quran, sudah pasti dapat menggalakk­an lagi masyarakat Islam untuk menghayati isi kandungan al-Quran.

Dengan menghayati isi yang terkandung dalam al-Quran jelasnya, umat Islam sudah

Melalui penganjura­n Majlis Tilawah al-Quran, sudah pasti dapat menggalakk­an lagi masyarakat Islam untuk menghayati isi kandungan alQuran. ” DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN Timbalan Menteri Kerja Raya

ROSNAH menyampaik­an hadiah kepada seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Ghulam.

pasti dapat mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian mereka.

Menurutnya, kemerduan serta keenakkan alunan bacaan al-Quran juga merupakan manifestas­i keindahan dan ketertiban bahasa yang terdapat dalam kitab suci al-Quran.

“Pelbagai kaedah digunakan dalam menyerlahk­an lagi keindahan bacaan al-Quran sehingga tiada mana-mana makhluk yang mampu mencipta walaupun satu ayat bagi menandingi keindahan bahasa al-Quran.

“Walaupun telah lebih 1,400 tahun cabaran yang dikemukaka­n kepada mereka yang ingkar dan meragui akan kebenaran al-Quran, namun puak-puak ini gagal mencipta mahupun menandingi ketinggian martabat dan keagungan alQuran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Pantai Barat Selatan di Dewan Masyarakat Taman Pantai Lok Kawi, pada Selasa.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis Datuk Seri Rahim Ismail.

Selari dengan tema Majlis Tilawah al-Quran iaitu ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menyeru kepada rakyat agar terus mengekalka­n perpaduan di samping bersatu di bawah kepimpinan kerajaan sedia ada.

Beliau turut mengajak rakyat untuk mengetepik­an segala perbezaan dan mencari persamaan demi menjamin kehidupany­anglebihse­jahtera, aman serta makmur.

“Jangan kita biarkan musuhmusuh negara bebas berleluasa di sekeliling kita yang sentiasa mengimpika­n agar rakyat serta negara yang kita cintai ini huru hara.

“Marilah kita tekadkan semangat sebulat suara menyatakan hasrat denyut nadi kita untuk melihat kepimpinan negara yang ada sekarang terus kekal demi membela agama bangsa dan negara yang kita cintai ini,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Pantai Barat Selatan di Dewan Masyarakat Taman Pantai Lok Kawi.
SEBAHAGIAN yang hadir pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Pantai Barat Selatan di Dewan Masyarakat Taman Pantai Lok Kawi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia