Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin dan ahli Pengakap perlu berusaha lebih gigih

-

LABUAN: Persekutua­n Pengakap Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan mengadakan Mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap WP Labuan kali pertama yang diadakan di Dewan Liberty, Labuan Liberty Port Management (LLPM), WP Labuan pada Sabtu lalu.

Sebanyak 12 kumpulan daripada tujuh buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah di Labuan menghadiri mesyuarat itu yang dipengerus­ikan oleh Ketua Pesuruhjay­a Negeri Skip Hong Heng Chee.

Antara intipati mesyuarat ini adalah prosedur pendaftara­n, tentatif latihan dan program yang akan diadakan sepanjang tahun ini.

Sejurus selepas mesyuarat itu, majlis penyampaia­n Perutusan Tahun Baru 2018 turut diadakan di tempat yang sama yang disampaika­n oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd. Rahman.

Dalam perutusan itu, beliau menggalakk­an Pemimpin Pengakap Labuan untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menaikkan nama Pengakap WP Labuan dan seterusnya membantu anakanak pengakap untuk mencapai potensi terbaik di dalam diri mereka.

Mohd Alias juga mahu mereka menanam semangat kepengakap­an di dalam diri hingga akhir hayat dan semua pengakap perlu bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pengakap adalah bersaudara kepada semua. Saya berharap pemimpin dan ahli pengakap sentiasa mengutamak­an perpaduan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program pada tahun ini,” kata Mohd Alias lagi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Yang Dipertua (II), Datin Hajah Dayang Pungut.

 ??  ?? MOHD Alias (tujuh kanan), Hong Heng Chee (enam kiri) dan Dg Pungut (enam kanan) bersama Pemimpin Pengakap Labuan di Dewan Liberty, Sabtu lalu.
MOHD Alias (tujuh kanan), Hong Heng Chee (enam kiri) dan Dg Pungut (enam kanan) bersama Pemimpin Pengakap Labuan di Dewan Liberty, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia