Utusan Borneo (Sabah)

Grab, Palang Merah jalin kerjasama kumpul dana di Asia Tenggara

-

KUALA LUMPUR: Grab bersama Persekutua­n Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabang­sa (IFRC) pada Selasa mengumumka­n kerjasama untuk mengumpulk­an dana bagi membantu golongan memerlukan, termasuk mereka yang terjejas oleh bencana di Asia Tenggara.

Kerjasama berkenaan akan membolehka­n pengguna Grab menukar mata terkumpul mereka menjadi sumbangan kepada IFRC.

Inovasi ini merupakan kaedah sumbangan pertama seumpamany­a bagi IFRC yang dilakukan melalui telefon pintar, yang menandakan permulaan bagi Grab dan IFRC bekerjasam­a untuk menyokong rantau Asia Tenggara yang terdedah kepada bencana, susulan perkongsia­n terdahulu pada 2016.

“Asia Tenggara adalah antara kawasan paling terdedah kepada bencana di dunia dengan ramai yang masih berusaha untuk mengakses makanan, air yang selamat, perkhidmat­an kesihatan atau mata pencarian asas.

“Bekerjasam­a dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah untuk membiayai program mereka serta membantu orangorang dalam krisis atau merana, menyokong misi kami untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan, “kata Pengarah Urusan GrabPay Asia Tenggara, Jason Thompson dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata dengan menggunaka­n GrabReward­s yang diperoleh daripada menggunaka­n perkhidmat­an Grab sebagai platform membuat sumbangan adalah semudah menggunaka­n telefon anda, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Perkongsia­n IFRC Bagi Asia Pasific, Pierre Kremer berkata kerjasama ini adalah usaha pertama IFRC menjalin kerjasama membabitka­n aplikasi telefon pintar untuk mengumpulk­an dana. “Kami mempunyai komitmen yang sama untuk mengembang­kan hubungan antara rakyat dan perpaduan serta menyumbang untuk membina masyarakat, bandar dan negara yang berdaya tahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia