Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan unit khas veteran tentera di hospital kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertahanan disaran supaya mengadakan unit perubatan khas bagi veteran tentera di hospital-hospital kerajaan di seluruh negara bagi membolehka­n golongan itu mendapat perkhidmat­an perubatan yang lebih baik.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata dengan adanya kemudahan itu, anggota veteran tidak perlu melakukan perjalanan jauh untuk pergi ke hospital kerana hospital kerajaan ada di setiap negeri.

Mengulas laporan media bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina sebuah hospital di Ipoh, Perak khusus untuk anggota veteran dengan kos RM500 juta, beliau berkata mereka amat mengalualu­kan pembinaan hospital berkenaan, namun kementeria­n perlu memikirkan untuk memberikan perkhidmat­an lebih baik kepada veteran.

“Veteran berada di seluruh negara, dan khususnya bagi mereka yang berpangkat rendah akan menghadapi masalah membuat perjalanan jarak jauh untuk mendapatka­n rawatan kerana faktor usia, dan ada sesetengah yang cacat fizikal.

Adalah kurang bijak untuk seorang veteran yang menetap di Johor, contohnya, pergi ke Ipoh bagi mendapatka­n rawatan perubatan. Begitu juga, adalah lebih tidak masuk akal untuk veteran dari Sabah dan Sarawak pergi ke Ipoh untuk rawatan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohamed Arshad berkata penubuhan unit perubatan khas untuk veteran di hospital kerajaan akan membolehka­n sumber perubatan yang terhad dapat dikongsi antara hospital kerajaan dengan unit perubatan.

“Hospital kerajaan pada umumnya mempunyai kemudahan perubatan yang lebih baik dan staf mereka lebih berpengala­man dalam menangani pesakit,” katanya.

Tambah beliau, selain penempatan di hospitalho­spital kerajaan, unit perubatan veteran itu juga boleh dibina di hospital-hospital ATM di seluruh negara seperti di Kem Terendak, Melaka; Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah serta Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur bagi memberi kemudahan kepada golongan terbabit.

Pihaknya turut berharap agar perkhidmat­an itu diperluas kepada pesara polis dan angkatan bersenjata yang lain. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia