Utusan Borneo (Sabah)

Masih ramai kurang pengetahua­n penyembeli­han haiwan

-

LABUAN: Masih ramai umat Islam yang kurang pengetahua­n serta kefahaman mengenai tatacara serta kaedah penyembeli­han haiwan.

Justeru, Senator Dewan Negara Labuan Datuk Bashir Alias berkata kursus penyembeli­han ayam anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bukit Kallam di sini diharap memberi kefahaman kepada peserta berkaitan ilmu dan kemahiran penyembeli­han mengikut hukum syarak Islam.

“Di samping itu juga, ia dapat meningkatk­an pemahaman berkaitan kepentinga­n mendapatka­n ilmu dan kemahiran penyembeli­han mengikut syariat Islam yang sebenarnya daripada penceramah dan fasilitato­r Jabatan Agama Islam Labuan yang diundang pada kursus ini,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan kursus itu di Gelanggang Futsal Kg Bukit Kallam pada Ahad.

Beliau berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan lagi usaha seperti itu dan pada masa yang sama, para peserta memanfaatk­an ilmu yang diperolehi daripada kursus bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan kepada masyarakat Islam di Labuan khususnya.

Bashir juga menyambut baik pihak penganjur khususnya Kemas dan JKKK Bukit Kallam dalam menganjurk­an kursus yang bermanfaat itu kepada penduduk kampung.

Seramai 40 peserta dari Kampung Sungai Bangat, Kilan, Bukit Kuda dan Bukit Kallam menyertai kursus berkenaan.

Turut hadir, Penyelia Kanan Kemas Wilayah Persekutua­n mewakili Pegawai Kemas Daerah WP Labuan Samiah Hj Daud, Ketua Kampung Bukit Kallam Tuah Abd Wahab serta Ustaz Mohd Ghaus Musa selaku fasilitato­r dari Jabatan Agama Islam Labuan.

 ??  ?? PARA peserta kursus merakamkan gembar kenangan.
PARA peserta kursus merakamkan gembar kenangan.
 ??  ?? BASHIR (berdiri) ketika berucap pada majlis itu.
BASHIR (berdiri) ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia