Utusan Borneo (Sabah)

`Ambil tindakan undang-undang’

Saranan Nasrun terhadap pihak anjur kempen #undirosak

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Mansur mahu kerajaan mengambil tindakan undang-undang ter- hadap pihak yang bertanggun­gjawab menganjurk­an kempen #undirosak.

Menurutnya, pendekatan itu perlu dilakukan kerana individu atau kumpulan yang terlibat disifatkan­nya melakukan pengkhiana­tan pada konsep demokrasi yang menjadi sistem pentadbira­n negara.

“Belum ada undang-undang yang mengatakan undi rosak ini satu perbuatan salah tapi menyeru orang untuk merosakkan undi satu perbuatan tidak baik.

“Saya rasa kerajaan harus menguatkua­sakan undangunda­ng terhadap sesiapa yang menggalakk­an perbuatan ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika ditemui selepas Program Santai Belia dan Back To School ke Zon-zon Pusat Khidmat Parlimen Silam, di sini, pada Ahad.

Nasrun menjelaska­n kempen #undirosak memberi impak negatif kepada negara kerana konsep demokrasi menggalakk­an rakyat keluar mengundi beramai-ramai bagi melaksanak­an hak undi memilih pemimpin mereka.

Ditanya mengenai pihak yang tidak bertanggun­gjawab itu, berkata berkata ia perbuatan mereka yang kecewa, yang merasakan mereka tidak dapat menang pada pilihan raya.

“Saya menyeru semua pengundi terutama pengundi baharu agar tidak terpengaru­h dengan #undirosak kerana ia satu perbuatan merugikan, tindakan yang merosakkan negara dan tidak matang untuk masa depan negara,” katanya.

Pada majlis itu, Nasrun mengulas pentingnya belia melaksana hak mengundi bagi menentukan masa depan

DATUK NASRUN MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

negara dan menjelaska­n isu-isu terkini secara santai kepada lebih kurang 500 belia yang hadir.

Turut disempurna­kan ialah penyerahan beg dan keperluan sekolah kepada 50 pelajar.

Kempen #undirosak yang dilancarka­n kumpulan tertentu bergiat aktif di media sosial untuk mempengaru­hi golongan pengundi muda bagi merosakkan undi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Kempen itu didapati muncul pada 7 Januari 2018 selepas pembangkan­g menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang pilihan raya.

“Belum ada undang-undang yang mengatakan undi rosak ini satu perbuatan salah tapi menyeru orang untuk merosakkan undi satu perbuatan tidak baik. Saya rasa kerajaan harus menguatkua­sakan undang-undang terhadap sesiapa yang menggalakk­an perbuatan ini.

 ??  ??
 ??  ?? NASRUN disambut mesra oleh belia pada proram itu.
NASRUN disambut mesra oleh belia pada proram itu.
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an beg dan keperluan sekolah kepada salah seorang pelajar.
NASRUN menyampaik­an beg dan keperluan sekolah kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? NASRUN ketika memberi penjelasan isu-isu terkini pada majlis itu. (gambar kanan) NASRUN dan sebahagian belia yang hadir pada majlis itu.
NASRUN ketika memberi penjelasan isu-isu terkini pada majlis itu. (gambar kanan) NASRUN dan sebahagian belia yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia