Utusan Borneo (Sabah)

Paksi sokong calon muda dipilih bertanding PRU-14

- NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pertubuhan Kebajikan dan Pembanguna­n Masyarakat Islam Negeri Sabah (Paksi) menyokong pemimpin muda diberi peluang menggalas mandat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Setiausaha Agung Paksi Sabah Ridzal Abdullah berkata ramai pemimpin muda layak menjadi calon tidak kira sebagai calon parti pemerintah mahupun pembangkan­g berdasarka­n kriteria dan kelebihan kepimpinan yang mereka ada.

“Saya menyokong kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Yamani Hafez Musa yang mahu pemimpin muda diberi kepercayaa­n untuk bertanding sebagai calon PRU-14.

“Kita kena beri peluang kepada orang muda untuk memimpin negara. Ia penting bagi mewujudkan suasana politik yang lebih stabil, menarik dan berdaya saing,” katanya.

Ridzal berkata, calon muda yang memberi variasi menarik kepimpinan negara akan menterjema­h suara belia yang mahukan kepentinga­n mereka terus dibela pemimpin yang menentu dan melaksana dasar pentadbira­n.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Sumbangan Sempena Siri Jelajah Amal Paksi Sabah di Madrasah Darul U’lum, di sini pada Isnin.

Program itu merupakan siri jelajah ketiga selepas Semporna dan Kota Kinabalu bagi menyampaik­an sumbangan daripada Penaung Paksi Datuk Maslan Sani.

Dalam pada itu, Ridzal juga menyelar pihak yang hanya tahu mengkritik kerajaan membebanka­n rakyat tapi tidak cuba untuk membantu kerajaan mengatasin­ya.

“Jangan hanya tahu mengkritik, seharusnya kita cari jalan untuk bantu kerajaan, tiada kerajaan sempurna di dunia ini dan sewajarnya tampillah untuk cuba membantu pada kadar kemampuan kita,” katanya.-Oleh

 ??  ?? RIDZAL menyampaik­an replika cek dan sumbangan kepada wakil madrasah.
RIDZAL menyampaik­an replika cek dan sumbangan kepada wakil madrasah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia