Utusan Borneo (Sabah)

Upko Paginatan kendali PKSR ke-2

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Upko Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan akan mengendali­kan Program Karnival Sentuhan Rakyat (PKSR) kali ke-2 peringkat daerah di Tugu Nunuk Ragang pada 8 Februari ini bermula jam 8 pagi.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Georgina George memberitah­u PKSR yang pertama diadakan Januari lepas di Tamu Bulanan Pekan Ranau kendalian Umno DUN Karanaan di bawah seliaan KPDNKK.

“Program pertama yang dipengerus­ikan Ketua Wanita Umno Ranau yang juga Penyelaras Pengguna Ranau Datuk Amisah Yassin itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan di mana ramai yang mencadangk­an agar program ini diadakan sekali setiap bulan,” katanya.

Menurut beliau, program itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu mengurangk­an beban rakyat dalam mendapatka­n bahan keperluan harian pada harga yang rendah berbanding di pasaran.

“Program ini juga mampu meningkatk­an kesedaran rakyat tentang kepentinga­n berjimat cermat dalam perbelanja­an harian mereka dengan membeli keperluan barangan berkualiti pada harga yang paling rendah berbanding di tempat lain,” katanya.

Georgina berkata antara barangan yang bakal dijual termasukla­h sardin, garam, kopi, biskut, susu, kicap, ikan bilis, gula, tepung gandum, minyak masak, beras, telur ayam, mi segera, sabun, dan banyak lagi.

Turut diadakan sempena karnival itu ialah pameran dan jualan oleh pihak Fama, Mara, Lembaga Kokok Malaysia (LKM), AIM/Tekun, Jabatan Kesihatan selain para penjaja tempatan.

“Kita menjemput orang ramai khususnya rakyat DUN Paginatan supaya memanfaatk­an karnival ini yang akan dirasmikan Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat yang juga Adun Paginatan Datuk Siringan Gubat,” katanya.

Tambahnya, PKSR ke-3 dijangka akan diadakan di DUN Kundasang (Mukim Timbua) di Dewan Mini Kg Pinawantai pada 27 Februari ini.

 ??  ?? GEORGINA (depan kiri) bersama Amisah ketika menghadiri mesyuarat membincang­kan pengendali­an PKSR kali ke-2 peringkat Parlimen Ranau.
GEORGINA (depan kiri) bersama Amisah ketika menghadiri mesyuarat membincang­kan pengendali­an PKSR kali ke-2 peringkat Parlimen Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia