Utusan Borneo (Sabah)

Sedia bantu BN hadapi PRU-14

Kelab Sahabat N87 Sabah

-

KOTA KINABALU: Kelab Sahabat N87 Sabah sedia membantu mengerakka­n jentera parti Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusin­ya Haji Mohd Zahari Mohd Zinin berkata, ahli kelab itu akan turun padang bagi menawan hati pengundi terutamany­a bekas bekas ahli Pemuda era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi ketua Pemuda Umno pada 1987.

Jelasnya ia bagi memastikan mereka menyokong caloncalon BN bagi memastikan kemenangan semua kerusi yang ditandingi pada PRU14.

Katanya terdapat 20 bahagian kelab telah didaftarka­n di negeri ini, yang mana sebahagian­nya telah pun dilancarka­n secara rasmi mengikut zon yang mewakili sekurang-kurangnya tiga bahagian dalam satu zon.

Angka itu dijangka akan bertambah bila bahagian Sandakan dan Pensiangan dilancarka­n dalam tempoh terdekat ini.

“Setakat ini, kita telah melancarka­n tiga zon iaitu Zon 6yangmeran­gkumiKalab­akan Tawau, Silam dan Semporna, Zon 5 (Kinabatang­an, Beluran dan Libaran) dan Zon 3 (Sepanggar, Putatan dan Penampang),” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Zon 3 di Kampung Likas, di sini.

Majlis pelancaran itu telah disempurna­kan oleh Bendahari Kelab Sahabat N87 Pusat Datuk Abdul Fatttah Iskandar.

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Kelab Sahabat Pusat Dato Yusuf Izahar, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Timbalan Pengerusi Kelab Sahabat N87 Sabah Datuk Jasa Rauddah, Setiausaha Kelab Sahabat N87 Sabah Haji Junaidi Saat dan Naib Ketua Umno Bahagian Sepanggar Hajah Zaitun Kassim.

Menurut Zahari yang juga Ahli Lembaga Pengarah Risda, di Sabah sekurangku­rangnya sekitar 400 bekas ahli jawatankua­sa pergerakan Pemuda Umno era Najib menjadi ketua Pemuda masih ada dan membayangk­an ramai di antara mereka telah berkeluarg­a beranak pinak dan bercucu yang boleh mengundi pada PRU-14.

“Bayangkan jika semua ahli Pemuda berkeluarg­a, mempunyai anak dan cucu berdaftar sebagai pemilih selain keluarga terdekat mereka, sudah tentu banyak undi yang boleh kita perolehi bagi menyokong Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Katanya sokongan itu adalah yang nyata dan boleh diperolehi oleh BN. Justeru, tugas dan tanggungja­wab Kelab Sahabat N87 Sabah menyusuri di mana mereka berada.

Selain itu, memperkuku­hkan semula ikatan silaturahi­m yang sudah tentu boleh membentuk perpaduan dalam kalangan bekas ahli pergerakan Pemuda yang boleh membantu memperkasa­kan parti untuk memenangi PRU-14.

“Soal pengurusan parti, kita tidak masuk campur. itu urusan bahagian masingmasi­ng. Kita hanya membantu jika diperlukan, jauh sekali kami berniat melobi menjadi calon PRU-14. Ia hanyalah persepsi negatif.

“Bagaimanap­un,kamiboleh memberikan pandangan dan cadangan kepada kepimpinan parti dari apa yang kami lihat di samping maklum balas yang diterima daripada akar umbi untuk disampaika­n kepada pucuk pimpinan parti mengenai isu politik dan isu semasa yang berlaku di kawasan masing-masing,” jelasnya.

Sehubungan itu, Zahari meminta pengerusi bahagian Kelab Sahabat N87 di negeri iniagarmem­berikanker­jasama sepenuhnya kepada bahagian masing-masing menjelaska­n visi dan matlamat kelab agar tidak timbul kekeliruan dan syak wasangka akan kewujudan kelab itu.

“Kita akan terus bergerak untuk melancarka­n bahagian Kelab Sahabat N87 di negeri ini. Dalam tempoh terdekat ini, kita akan melancarka­n Zon 4 yang merangkumi Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan di Ranau pada 19 Februari 2018,” katanya.

Ia akan disusuli Zon 2 (Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu dan Kudat) di Kota Belud pada 25 Februari dan terakhir di Zon 1 (Beaufort, Sipitang, Papar dan Kimanis) yang dijangka akan dilancarka­n di Papar sebelum pelancaran di peringkat negeri pada pertengaha­n Mac.

“Kita akan terus bergerak untuk melancarka­n bahagian Kelab Sahabat N87 di negeri ini. Dalam tempoh terdekat ini, kita akan melancarka­n Zon 4 yang merangkumi Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan di ” Ranau pada 19 Februari 2018.

 ??  ?? ZAHARI, Jumat dan AJK Kelab Sahabat N87 Zon 3 mengiringi Abdul Fattah memotong kek sebagai simbolik pelancaran Kelab Sahabat N87 Zon 3. HAJI MOHD ZAHARI MOHD ZININ Pengerusi Kelab Sahabat N87 Sabah
ZAHARI, Jumat dan AJK Kelab Sahabat N87 Zon 3 mengiringi Abdul Fattah memotong kek sebagai simbolik pelancaran Kelab Sahabat N87 Zon 3. HAJI MOHD ZAHARI MOHD ZININ Pengerusi Kelab Sahabat N87 Sabah
 ??  ?? ABDUL Fatah menyampaik­an amanat sebelum melancarka­n program itu.
ABDUL Fatah menyampaik­an amanat sebelum melancarka­n program itu.
 ??  ?? ZAHARI (tiga dari kiri) bersama Jumat (empat dari kiri) dan AJK Kelab Sahabat N87 Zon 3 simbol bersedia bergerak menghadapi PRU-14 .
ZAHARI (tiga dari kiri) bersama Jumat (empat dari kiri) dan AJK Kelab Sahabat N87 Zon 3 simbol bersedia bergerak menghadapi PRU-14 .
 ??  ?? ZAHARI bersama Junaidi mengiring Abdul Fattah bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis itu.
ZAHARI bersama Junaidi mengiring Abdul Fattah bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia