Utusan Borneo (Sabah)

LDP puji KM iktiraf sumbangan masyarakat Cina

-

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Senator Datuk Yong Wui Chung (gambar) memuji Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman kerana mengiktira­f sumbangan masyarakat Cina, yang menganggap masyarakat itu sebagai rakan kongsi kemajuan dan pembanguna­n kerajaan.

Beliau berkata kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan masyarakat Cina akan mendorong pembanguna­n Sabah ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, masyarakat dan persatuan Cina di Sabah memainkan peranan penting dalam memacu perdaganga­n serta membantu Kerajaan Negeri mempromosi­kan pertumbuha­n ekonomi.

“Perniagaan masyarakat Cina, sama ada penjaja atau syarikat multinasio­nal, telah menyumbang kepada pembanguna­n Sabah dengan cara mereka sendiri,” katanya.

Sementara itu, Yong berkata peruntukan tahunan Kerajaan Negeri untuk sekolah menengah Cina dan tempat ibadat serta acara menaja yang dianjurkan oleh persatuan Cina mencermink­an sokongan kerajaan terhadap masyarakat berkenaan.

“Ini adalah satu model tadbir urus yang saling menguntung­kan dalam menguruska­n hubungan bersama masyarakat Cina.”

Beliau berkata komposisi dan pengedaran kumpulan etnik di Sabah lebih kompleks berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

“Bagaimanap­un, kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah telahberja­yadalammem­berikan layanan adil dan saksama kepada semua kumpulan etnik, yang seterusnya membawa kepada kestabilan politik dan ekonomi negeri ini,” katanya.

Yong berkata, kestabilan politik adalah penting untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi yang mantap dan menarik pelabur asing, yang terbukti dalam rekod prestasi kerajaan BN Sabah.

Memandangk­an Pilihan Raya Umum Ke-14 mungkin diadakan selepas Tahun Baharu Cina, beliau berkata ia adalah masa yang tepat untuk masyarakat Cina menilai apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mereka.

“Pertimbang­kan sama ada parti-parti pembangkan­g dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan sekarang sebelum memutuskan siapa yang harus dipilih,” katanya.

Beliau menegaskan BN adalah gabungan kukuh dengan pengalaman bertahun-tahun dalam tadbir urus.

“BN mampu menghadapi sebarang krisis atau cabaran. Sebaliknya, pakatan pembangkan­g masih belum terbentuk. Parti pembangkan­g masih lagi tidak teratur,” katanya.

Yong berkata, pakatan pembangkan­g tidak mempunyai pengalaman dalam mengurus kerajaan, mereka juga tidak mempunyai calon yang berkualiti.

“Bagaimanak­ah pembangkan­g mengurus kerajaan dengan cekap? Memberi mandat kepada gabungan yang tidak stabil hanya akan menyebabka­n ketidaksta­bilan politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi Cina supaya tetap rasional dan tidak memperjudi­kan masa depan Sabah dengan memilih pembangkan­g yang tidak boleh dipercayai.

Beliau juga menyeru rakyat supaya menyedari manifesto tidak realistik yang disebarkan oleh pembangkan­g.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia