Utusan Borneo (Sabah)

RoS terima 47 aduan mengenai PPBM berkaitan pelanggara­n perlembaga­an parti

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 47 daripada keseluruha­n 249 aduan diterima Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah berkaitan pelanggara­n perlembaga­an parti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya menuduh RoS sengaja melengah-lengahkan kelulusan pendaftara­n gabungan pembangkan­g di bawah nama Pakatan Harapanapa­bilapartii­tutidak mengikut perlembaga­an yang ditentukan sendiri oleh mereka.

“RoS menjalanka­n tugas secara profesiona­l dan mereka tiada sebarang kepentinga­n di dalam manamana organisasi politik,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di sini Selasa.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebagai pemimpin yang pernah mengetuai kerajaan, Dr Mahathir seharusnya mengetahui Akta Pertubuhan 1996 menetapkan tugas RoS adalah untuk menjaga kepentinga­n anggota mana-mana persatuan atau badan politik mengikut perlembaga­an organisasi mereka.

“Kejahilan itu berlaku di pihak mereka sendiri termasuk menghantar perwakilan yang tidak dipilih oleh peringkat bahagian ke mesyuarat agung tahunan dan perwakilan bahagian pun tidak dipilih di peringkat cawangan,” katanya.

Mengenai pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Nov lepas yang mematuhi semua syarat diarahkan RoS, Ahmad Zahid berkata surat kepada CEC DAP telah dikeluarka­n semalam.

“Surat ini adalah bagi mengesahka­n perjalanan DAP sebagai sebuah parti politik kerana mereka telah mengikuti semua arahan yang telah dikeluarka­n oleh RoS berdasarka­n perlembaga­an parti berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan masalah dalaman PPBM dan DAP adalah antara punca pendaftara­n Pakatan Harapan masih belum diluluskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia