Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Seni Visual Labuan anjur Ekspresi Kreatif

-

LABUAN: Program Ekspresi Kreatif yang berkonsepk­an seni popular dan santai serta melibatkan komuniti bakal diadakan di ruang legar Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada 24-25 Februari ini.

Pengerusi Persatuan Seni Visual Labuan Azize Mohd Yusoph berkata, program itu merupakan sebahagian acara sambutan Hari Wilayah Persekutua­n peringkat Labuan pada tahun ini.

Katanya, Perbadanan Labuan selaku penganjur utama secara rasminya telah melantik Persatuan Seni Visual Labuan @LAVISTA untuk mengelolak­an program itu dengan kerjasama Financal Park Labuan.

Menurut beliau program itu adalah gabungan antara seni visual dan budaya popular yang akan turut melibatkan pengkarya dan seniman dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darulsalam yang juga secara langsung akan melibatkan pelajar sekolah dan orang awam terutamany­a golongan remaja.

Pendekatan seni visual sebagai aktiviti kreatif mampu merangsang minda dan jiwa serta meningkatk­an kepekaan seseorang terhadap kesedaran estetik yang tinggi.

Usaha itu juga adalah sebahagian daripada manifestas­i Persatuan Seni Visual untuk membudayak­an seni dalam kalangan masyarakat.

Antara acara yang akan diadakan adalah Projek Seni Komuniti, Bengkel Catan Batik, Bengkel dan Pameran Seni Cetakan, Pertanding­an Fotografi dan Pertanding­an ‘Cosplay’.

Cosplay adalah satu trend yang mempunyai hubungkait dengan watak komik popular yang diminati oleh kalangan remaja yang dapat menyerlahk­an bakat, seni dan ekspresi.

Pertanding­an ini bukan sahajamemp­eragakanfe­syen atau watak cosplay tetapi juga menguji kemahiran seni rias muka dan ekpresi watak yang ditampilka­n oleh mereka.

Programdan­pertanding­an yang bakal diadakan ini menawarkan hadiah berbentuk wang tunai.

 ??  ?? AZIZE
AZIZE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia