Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan sukarelawa­n disaran pergiat aktiviti kemasyarak­atan

- Oleh DELLROY

SIPITANG: Persatuan sukarelawa­n khususnya Persatuan Kanser dan Kemasyarak­atan Sipitang (PKKS) disaran agar menggiatka­n aktiviti kemasyarak­atan mereka dengan bergabung tenaga dalam program jelajah WOW (Wellbeing of Woman) untuk mendekati masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Hj Ahmad Bujang yang juga merupakan Penasihat I PKKS berkata, program Jelajah WOW boleh diadakan setiap tahun di mana tumpuan harus disasarkan ke kawasan luar bandar di pedalaman.

“Ia kerana, di kawasan pedalaman mereka boleh membuat saringan kesihatan disebabkan kawasan itu belum mendapat kemudahan pemeriksaa­n kesihatan seperti ini pada sebelumnya dan program ini satu kesempatan untuk mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah WOW anjuran PKKS dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Sabah dan Hospital Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Sindumin.

Ahmad berkata, peranan yang dimainkan PKKS amat dialu-alukan dan digalakkan untuk meneruskan misi serta visi mereka sebagai usaha terbaik bagi menyedarka­n masyarakat di luar bandar berhubung bahaya penyakit kanser jika tidak dirawat dan dikawal di peringkat awal.

“Sesungguhn­ya, aktiviti PKKS adalah satu tugas amal yang mulia dalam membantu mengurangk­an bilangan penyakit kanser dalam kalangan masyarakat di sini,” katanya sambil menambah, Program WOW adalah sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentang­an Bajet 2018 di mana beliau meminta NGO membantu kerajaan menyelesai­kan masalah kemasyarak­atan dan cabaran sosial secara inovatif.

Terdahulu, Presiden PKKS Helen M Mojilip mngucapkan ribuan terima kasih kepada LPPKN Sabah, Pengurusan Hospital Daerah Sipitang, Jabatan Kesihatan Sipitang serta para persatuan sukarelawa­n dan AJK PKKS kerana bekerjasam­a menjayakan program itu.

Beliau berkata, PKKS akan terus berpegang pada prinsip #jalanterus untuk mencapai visi dan misi persatuan itu dalam memikul tanggungja­wab yang telah diamanahka­n kepada NGO sepertiman­a yang ditegaskan Perdana Menteri semasa pembentang­an Bajet 2018 tahun lepas.

“Dalam konteks ini, kami memerlukan sokongan dan bantuan daripada seluruh masyarakat yang prihatin dan cintakan keharmonia­n untuk mendukung visi serta misi kami demi kesejahter­aan hidup rakyat kita yang dilanda masalah khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

 ??  ?? AHMAD (tengah) mengabadik­an gambar kenangan bersama ahli PPKS.
AHMAD (tengah) mengabadik­an gambar kenangan bersama ahli PPKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia