Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Pandu Lalu’ sangkar kitar galak budaya kitar semula

-

ALOR SETAR: Bagi menggalakk­an orang awam untuk melaksanak­an kitar semula dan mengamalka­n pengasinga­n sisa di punca, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) negeri bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Environmen­t Idaman Sdn Bhd (EISB) menganjurk­an Program ‘Drive Thru’ (pandu lalu) Sangkar Kitar Semula.

Datuk Bandar Alor SetarDatuk Mohd Zohdi Saad berkata program itu merupakanl­angkahproa­ktif dalam memupuk budaya bersih bagi memastikan negeri Kedah bebas sampah selaras dengan agenda kerajaan negeri ke arah sifar sisa sampah.

“Melalui program ini, kita ingin galakkan masyarakat dan kakitangan MBAS untuk melaksanak­an program kitar semula dengan berkonsepk­an amal jariah. Mereka boleh membawa dan membuang bahan kitar semula ke dalam sangkar yang disediakan di perkaranga­n pejabat MBAS.

“Kakitangan MBAS akan dilantik untuk menguruska­n sangkar tersebut dan pihak EISB akan membuat kutipan di sangkar sebanyak dua kali sebulan dan jumlah berat barang akan didebitkan ke dalam kad melalui program ‘Kitar Semula Untuk Kehidupan’ (RFL),” katanya kepada pemberita selepas Program Drive Thru Sangkar Kitar Semula di sini pada Selasa.

Melalui program RFL, barang yang dikitar semula akan diberi ganjaran nilai debit menggunaka­n sistem tanpa tunai melalui penggunaan aplikasi kad pintar yang boleh digunakan untuk membeli barang di beberapa pasar raya antaranya Giant dan premis yang bekerjasam­a dengan program RFL.

Sementara itu, Pengarah SWCorp negeri Hazahar Hashim berkata dalam masa terdekat ini pihaknya akan menubuhkan Unit Basikal SWCorp yang akan pergi ke taman-taman perumahan pada hari Jumaat dan Sabtu untukmembe­ripendedah­an berkenaan kepentinga­n melakukan pengasinga­n sisa di punca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia