Utusan Borneo (Sabah)

16 penumpang selamat

Bot hanyut di perairan Labuan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 14 (DM14) berjaya menyelamat­kan 16 penumpang bot yang hanyut di perairan Labuan pada pagi Selasa.

Pengarah Maritim Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md.Isa berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bot berkenaan mengalami kerosakan enin sebelum dihanyutka­n arus laut.

“Bilik Operasi Maritim Labuan dimaklumka­n kejadian pada jam 9.15 pagi melalui Jabatan Laut Labuan yang melaporkan mangsa seramai 16 orang termasuk dua kru bot pada kedudukan 0.56 batu nautika selatan Pulau Papan di sini.

“Bertindak ke atas kejadian,

“Bot penumpang terbabit dipercayai mengalami kerosakan semasa dalam pelayaran dan keadaan cuaca buruk menyebabka­n jurumudi bot membuat ” panggilan kecemasan untuk meminta bantuan.

KAPTEN MARITIM CHE ADNAN MD.ISA Pengarah Maritim Labuan

kita menggerakk­an bot peronda Kilat 40 untuk melaksanak­an operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya mangsa berjaya ditemukan jam 9.50 pagi dalam keadaan kesejukan berikutan keadaan laut yang bergelora serta hujan lebat semasa kejadian.

“Siasatan mendapati bot penumpang yang dinaiki 14 penumpang dan dua kru dalam perjalanan dari Jeti Menumbok menuju ke Terminal Feri Antarabang­sa Labuan.

“Bot penumpang terbabit dipercayai mengalami kerosakan semasa dalam pelayaran dan keadaan cuaca buruk menyebabka­n jurumudi bot membuat panggilan kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya.

Beliau berkata bot mangsa kemudianny­a ditunda ke Terminal Feri Antarabang­sa Labuan dan menasihati pengusaha bot agar sentiasa membuat pemeriksaa­n awal bagi mengelakka­n kejadian sama berulang.

 ??  ?? MANGSA dibawa ke Terminal Feri Antarabang­sa Labuan menaiki bot peronda Kilat 40 milik APMM.
MANGSA dibawa ke Terminal Feri Antarabang­sa Labuan menaiki bot peronda Kilat 40 milik APMM.
 ??  ?? BOT penumpang yang hanyut selepas mengalami kerosakan enjin.
BOT penumpang yang hanyut selepas mengalami kerosakan enjin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia