Utusan Borneo (Sabah)

USIM, Jakim usahakan garis panduan kendali kadaver ikut Islam

-

NILAI: Institut Penyelidik­an dan Pengurusan Fatwa Sedunia (Infad) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menggubal garis panduan pengendali­an kadaver bagi tujuan pengajaran dan pembelajar­an mengikut perspektif Islam.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris berkata apabila siap kelak, garis panduan itu akan dijadikan rujukan institusi pengajian awam, swasta serta hospital di seluruh negara.

“Kita sedang mengumpul input, maklum balas dan pandangan pelbagai pihak berkepenti­ngan.

“Apabila garis panduan itu terhasil, ia akan menjadi panduan bagi proses pengambila­n, penerimaan, pemprosesa­n, penyimpana­n, etika pengendali­an dan pelupusan kadaver,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Pengendali­an Kadaver 2018 oleh Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Dr Mohd Shah berkata inisiatif USIM tersebut tepat pada masanya memandangk­an kadaver yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajar­an perlu dihormati selain dikebumi atau dibakar mengikut keperluan.

Seminar sehari itu bertujuan mendedahka­n tenaga pengajar dan pakar perubatan yang terlibat dalam pengendali­an kadaver tentang garis panduan tersebut selain mendapatka­n input mereka.

Antara pengisian utama seminar ialah ceramah dan forum yang mencakupi topik penggunaan kadaver bagi tujuan pembelajar­an, pamerankad­averuntukt­ujuan komersial dan penyebaran grafik kadaver di media sosial, kata pengarah seminar Dr Ku Mastura Ku Mohd Noor.

“Diharapkan seminar ini juga dapat membantu peserta dari dalam dan luar negara membina jaringan kerjasama yang baik pada masa depan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia