Utusan Borneo (Sabah)

MDN anjur konvensyen rakyat bincang perpaduan ummah

-

PUTRAJAYA: Majlis Dakwah Negara (MDN) akan menganjurk­an konvensyen rakyat bagi membincang­kan agenda perpaduan ummah seperti dizahirkan institusi beraja di negara ini.

Pengerusi MDN Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata bertemakan “Menelusuri Akar Umbi Ke Arah Perpaduan Ummah”, konvensyen tersebut akan berlangsun­g di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 8 Mac ini.

Beliau berkata konvensyen yang dijangka mendapat perhatian 3,000 peserta itu dianjurkan untuk membuka ruang wacana kepada masyarakat peringkat akar umbi bagi menyatakan pendapat dan hasrat masingmasi­ng berhubung isuisu berkaitan perpaduan ummah.

Peserta konvensyen yang terdiri daripada penjawat awam, swasta, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat, ahli akademik, mahasiswa, belia serta wakil Majlis Agama Islam Negeri diberi peluang membahaska­n titah Sultan Perak dan Pemangku Raja Pahang yang sebelum ini menzahirka­n komitmen dan ketegasan institusi beraja dalam hal berkaitan perpaduan ummah, katanya.

“Dapatan daripada perbahasan itu akan dijadikan platform kepada MDN untuk dibawa kepada pihak istana bagi menggambar­kan solidariti dan kebersamaa­n perasaan rakyat terhadap institusi beraja mengenai perpaduan yang diimpikan,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Mahmood Zuhdi berkata program anjuran bersama dengan Institut Islam Hadhari UKM, Persatuan Ulama Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu adalah susulan kejayaan Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat dan Multaqa Ilmuwan dan Profesiona­l Pahang yang dianjurkan MDN tahun lepas.

Beliau berkata satu forum khas yang menampilka­n pimpinan kanan semua parti politik Melayu di negara ini juga akan diadakan bagi membincang­kan secara terbuka kepentinga­n perpaduan ummah melebihi ideologi politik.

Mahmood Zuhdi berkata beliau sendiri akan mempengeru­sikan forum tersebut bagi memandu tokoh-tokoh parti agar tidak cuba menyatakan parti mana yang betul dan salah dalam soal perpaduan sebaliknya menyatakan bagaimana perbezaan politik diurus dalam memastikan perpaduan ummah kekal kukuh.

“Forum ini membuka peluang kepada semua tokoh dari parti politik untuk menyatakan pandangan masing-masing, namun tidak lari dari kerangka bagaimana mesej perpaduan perlu disampaika­nsecaraber­terusan kepada masyarakat,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia