Utusan Borneo (Sabah)

Empat sekeluarga termasuk bayi maut kemalangan dengan lori

-

SHAHALAM : Empatsekel­uarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Klang - Teluk Intan, di Air Manis, Sabak Bernam dekat sini tengah hari pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Abd Rahim Abd Ghani, 61, isterinya Siti Fatimah Amat, 55, dan anak mereka Munira Abd. Rahim, 30, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, bayi lelaki Aniq Anaqi Mohd Fazzli, anak kepada Munira, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari di kilometer 43 jalan berkenaan, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an sebelum berlaku pelanggara­n secara berdepan dengan sebuah lori.

“Mangsa dipercayai dari arah Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar manakala lori pula dari arah bertentang­an,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

“Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Punca kemalangan sedang disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 tengah hari dan tujuh anggota dikerahkan ke tempat kejadian

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluark­an mangsa menggunaka­n alat pemotong hidrolik berikutan keadaan kereta yang remuk dengan teruk,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia