Utusan Borneo (Sabah)

Wanita edar kopi percuma dicari

Bantu siasatan kes tujuh individu dimasukkan ke HPP

-

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengedarko­pipracampu­ran disyaki bercampur dadah sehingga menyebabka­n tujuh individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata wanita berumur 40an yang tidak dikenal pasti identitiny­a itu diminta tampil di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Berdasarka­n siasatan awal polis, wanita itu mengedarka­n kopi pracampura­n perisa durian dan kopi putih yang diminum tujuh mangsa itu di kawasan pasar dan beberapa restoran di Jelutong.

Dia memberikan dua kopi berlainan perisa daripada syarikat yang sama itu secara percuma kepada orang ramai untuk dicuba sejak dua minggu lepas dan polis percaya keterangan daripada wanita berkenaan dapat merungkai serta memberi petunjuk untuk kami menjalanka­n siasatan lebih lanjut ,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah peket dua jenis kopi itu yang dibuang di kawasan kaki bukit di Bukit Bendera, di sini pada Sabtu.

Anuar berkata polis turut meminta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga mangsa kopi itu tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelakiitut­elahdimasu­kkan ke Hospital Pulau Pinang pada 27 Jan lepas kerana mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas minum kopi perisa durian namun dia melarikan diri ketika menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis telah merekodkan keterangan tujuh individu termasuk seorang wanita yang memberi kopi berkenaan kepada dua lelaki Nepal yang bekerja sebagai pegawal keselamata­n di sebuah bangunan di Pulau Tikus di sini.

Wanita berkenaan dikatakan mendapat kopi itu dari pasar yang diberi secara percuma dan polis tidak menolak kemungkina­n kejadian itu mempunyai unsur sabotaj kerana syarikat yang mengeluark­an kopi berkenaan telah menghasilk­an pelbagai jenis kopi pracampura­n sejak beberapa tahun lepas dan turut dieksport ke negara luar.

Sementara itu, Anuar berkata keputusan ujian darah dan air kencing dua lelaki Nepal yang menjadi mangsa selepas minum kopi berperisa durian pada 31 Jan lepas dijangka diperoleh selewatnya hari ini.

Beliau berkata setakat ini hasil ujian saringan awal kopi ACP ANUAR OMAR

Ketua Polis Daerah Timur Laut berkenaan mendapati ada menunggu laporan lengkap campuran bendasing yang daripada Jabatan Kimia untuk dikesan dalam kopi berperisa mengetahui sama ada memang durian, dipercayai dadah jenis benar ada campuran dadah

methamphet­amine. atau bahan lain,” katanya.

“Namun polis masih -Bernama

“Berdasarka­nsiasatana­walpolis,wanita itu mengedarka­n kopi pracampura­n perisa durian dan kopi putih yang diminum tujuh mangsa itu di kawasan pasar dan beberapa restoran di Jelutong. Dia memberikan dua kopi berlainan perisa daripada syarikat yang sama itu secara percuma kepada orang ramai untuk dicuba sejak dua minggu lepas dan polis percaya keterangan daripada wanita berkenaan dapat merungkai serta memberi petunjuk untuk ” kami menjalanka­n siasatan lebih lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia