Utusan Borneo (Sabah)

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kini dibuka

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 slot Biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pengajian 2018/2019 kini dibuka untuk permohonan.

Jabatan Perkhidmat­an Awam dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata tawaran biasiswa itu terdiri daripada enam di peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam di peringkat Sarjana dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

“Biasiswa ini adalah untuk mengiktira­f kebolehan luar biasa seseorang calon dengan memberi peluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” kata JPA.

JPA berkata permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Biasiswa Yang diPertuan Agong Sesi Pengajian 2018/2019 secara dalam talian melalui portal http://esilav2. jpa.gov.my. Tarikh tutup permohonan online dan tarikh akhir bagi mengemukak­an borang permohonan pada 2 Mac ini.

Maklumat penawaran juga boleh diperolehi dengan melayari portal tersebut atau menghubung­i talian 0388853546/ 3053/ 3571.

JPA berkata keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana serta bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan atau menghasilk­an kerja-kerja kreatif dan inovatif.

“Keutamaan juga diberikan kepadacalo­nyangmempu­nyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa serta kebolehan yang istimewa,”katanya.

Calon juga hendaklah telah mendapat tawaran/ memulakan pengajian di universiti penyelidik­an tempatan atau universiti terkemuka di dunia yang dipersetuj­ui oleh JPA bagi sesi pengajian 2018/2019, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia